• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Biden Larang Kemasukan Kenderaan Pintar Dari China, Rusia Atas Faktor Keselamatan

oleh AK-47
15/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Biden Larang Kemasukan Kenderaan Pintar Dari China, Rusia Atas Faktor Keselamatan
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS) yang akan tamat perkhidmatannya Joe Biden, pada Selasa mengumumkan larangan terhadap teknologi dari China dan Rusia dalam kenderaan, berikutan kebimbangan keselamatan negara, lapor agensi berita Jerman dpa.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Peraturan baharu ini akan menghalang penjualan dan pengimportan sistem perkakasan dan perisian kenderaan terhubung atau pintar, serta kenderaan pintar yang lengkap, dari China dan Rusia, menurut kenyataan Rumah Putih yang dikeluarkan pada Selasa.

Menurut Rumah Putih, sekatan terhadap perisian akan berkuat kuasa bagi model keluaran 2027, manakala sekatan terhadap perkakasan akan dikenakan bagi model keluaran 2030.

Kenyataan Rumah Putih menyebut yang langkah itu bagi “melindungi Amerika daripada risiko keselamatan negara yang berkaitan dengan penyalahgunaan rantaian bekalan kenderaan pintar oleh China dan Rusia.”

“Pentadbiran Biden-Harris komited untuk memastikan yang rantaian bekalan automotif kita kukuh dan selamat daripada ancaman siber pihak musuh asing,” tambah kenyataan itu.

Dasar ini dilihat menjejaskan kenderaan buatan AS, meletakkan syarikat seperti Polestar, yang mengeluarkan kenderaan di Carolina Selatan tetapi mempunyai kepentingan syarikat Geely dari China, dalam kedudukan yang sukar.

Sementara itu, Waymo, syarikat kenderaan pandu sendiri yang dimiliki oleh syarikat induk Google, Alphabet, sedang bersiap untuk menggunakan kereta Zeekr, jenama dari China untuk kenderaan generasi akan datangnya. Waymo, bagaimanapun, merancang untuk menggantikan elektronik asal dengan sistem mereka sendiri.

Pentadbiran Biden sebelum ini melindungi pasaran kereta AS dengan tarif 100 peratus terhadap kereta elektrik dari China. Donald Trump, yang bakal menggantikan Biden pada 20 Jan sekian lama berjanji untuk mengambil tindakan tegas terhadap Beijing.

Elon Musk, penasihat rapat Trump dan ketua pengeluar kereta elektrik AS Tesla mengkritik tarif tersebut, mendakwa ia merosakkan pasaran.

Tesla mempunyai kilang besar di Shanghai dan bergantung pada pasaran China. 

-Bernama/dpa

Tags: ChinaJoe Biden
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd