• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Jantan Hadir Sendiri Bersama Rakyat Bukan Duduk Dalam Hotel – Dr Akmal

oleh Mohd Arshad
06/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Anak Jantan Hadir Sendiri Bersama Rakyat Bukan Duduk Dalam Hotel – Dr Akmal
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, ‘mengotakan’ janjinya untuk hadir ke Istana Kehakiman, di Putrajaya hari ini bagi menyatakan solidariti terhadap bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dr Muhamad Akmal tetap dengan pendiriannya untuk hadir walaupun UMNO sebelum ini mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perhimpunan, yang bertujuan menyatakan solidariti terhadap Najib berhubung ada atau tiada Titah Adendum.

Hari ini, rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak kebenaran semakan kehakiman serta notis usul difailkan beliau untuk mengemukakan keterangan tambahan berkaitan Titah Adendum, didengar oleh Mahkamah Rayuan.

Melalui catatan di Facebook, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu hadir dengan memakai kemeja berwarna merah bersama sekumpulan penyokong Najib.

Beliau yang memuatnaik sebanyak tujuh keping gambar turut meletakkan kapsyen, menyatakan beliau adalah ‘anak jantan’ apabila hadir sendiri bersama rakyat ke situ.

“Anak jantan hadir sendiri bersama rakyat. Bukan duduk dalam hotel dan pergunakan rakyat,” katanya.

Semalam, Dr Muhamad Akmal ‘hadir’ lebih awal ke Istana Kehakiman, apabila memuatnaik gambarnya sedang berjoging di kawasan itu.

Solidariti itu turut disertai PAS yang juga ‘berdegil’ meneruskan perhimpunan itu dengan alasan mahu mempertahankan kuasa dan prerogatif Institusi Yang di-Pertuan Agong daripada manipulasi serta ketidaktelusan, selain menyokong semua usaha sah Najib untuk mendapatkan keadilan bawah undang-undang mengikut kuasa dan prerogatif yang sama.

Sebelum ini, UMNO merancang untuk mengadakan perhimpunan di pekarangan Istana Kehakiman di Putrajaya bagi menyatakan solidariti terhadap Najib.

Namun Setiausaha Agung, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata parti itu akur kepada saranan titah Seri Paduka supaya menghormati kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong, untuk menggunakan saluran perundangan ditetapkan dengan mengemukakan rayuan dalam perkara dihadapi bekas perdana menteri itu.

Ia susulan Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa cadangan supaya mana-mana banduan diberikan pengampunan atau pengurangan hukuman hendaklah dikemukakan banduan terbabit untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong pada mesyuarat akan datang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain juga sebelum ini menggesa orang ramai supaya tidak menyertai sebarang perhimpunan dianjurkan mana-mana pihak berkaitan isu berkenaan.

BHonline-

Tags: Datuk Dr Muhamad Akmal SalehSolidariti Najib
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘YB Jumpa Menteri Dan Minta Maaf Ya’ – Dr Akmal

‘YB Jumpa Menteri Dan Minta Maaf Ya’ – Dr Akmal

10/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong digesa memohon maaf kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) susulan kenyataannya...

AGC Sahkan Akan Dakwa Dr Akmal, Hilman Susulan Kenyataan Menggugat Ketenteraman Awam

AGC Sahkan Akan Dakwa Dr Akmal, Hilman Susulan Kenyataan Menggugat Ketenteraman Awam

19/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan beberapa individu termasuk Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh serta Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd