• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Untuk Rekod, Saya Tidak Pernah Masak Untuk Jho Low’ – Najib

oleh Mohd Arshad
05/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Untuk Rekod, Saya Tidak Pernah Masak Untuk Jho Low’ – Najib
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi semalam, beliau tiada alasan untuk mengesyaki Pemegang Saham Keutamaan 1MDB dan Minit Wakil Syarikat Induk (SSRP & MR) digunakan untuk rancangan jahat ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho dan sekutunya.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Najib yang memberi keterangan membela diri terhadap 25 tuduhan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkata, beliau tiada alasan mengesyaki ada plot lain di sebaliknya ketika menandatangani dua dokumen berkenaan.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, malangnya kepercayaan beliau terhadap Jho Low dieksploitasi, menyebabkannya dikaitkan terbabit secara palsu dalam salah laku kewangan 1MDB.

Najib berkata, ia semata-mata disebabkan oleh kehadiran Jho Low di kediaman beliau dan dakwaan hubungan rapatnya dengan ahli perniagaan itu yang disensasikan dan dibesar-besarkan dengan melampau.

Beliau berkata, sedangkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan dan bekas Pengurus Perhubungan Ambank Joanna Yu, pernah mengunjungi rumah Jho Low.

“Begitu juga pengakuan Datuk Shahrol di mahkamah bahawa dia memasak nasi goreng untuk Jho Low dan jangan lupa, Joanna Yu memasak sup Jho Low ketika dia )Jho Low) tidak sihat!

“Untuk rekod, saya tidak pernah memasak untuk Jho Low!

“Ia tidak sehebat pengakuan Datuk Shahrol yang ‘makan angin’ di Abu Dhabi bersama Jho Low atau pengakuan Jasmine Loo bercuti bersama Jho Low ke luar negara. Semua ini ada dalam bukti yang direkodkan,” katanya.

Najib berkata demikian ketika membalas keterangan Ai Swan pada Februari lalu yang menyatakan, setiap kali mahu menyerahkan dokumen kepadanya (Najib), Jho Low akan menunggunya (Ai Swan) di pintu kediaman Najib di Langgak Duta, di sini.

Menurut Ai Swan, satu daripada kejadian itu ialah pada 2012 dan 2013 yang mana Jho Low mengarahkannya supaya dokumen SSRP & MR diberikan secara serahan tangan sendiri.

Kata Ai Swan, dia juga akan memberi mana-mana dokumen kepada individu yang diarahkan oleh Jho Low, sebelum mendapatkan tandatangan Najib dan selepas itu, Jho Low atau individu lain akan menyerahkan kembali SSRP & MR kepadanya.

Sementara itu, Najib berkata, walaupun beliau tidak menafikan bahawa pada masa-masa tertentu Jho Low hadir di kediamannya di Langgak Duta, katanya, adalah penting untuk memahami konteks interaksi dengannya ketika itu.

Beliau berkata, keyakinan terhadap Jho Low timbul daripada imej menarik yang ditonjolkannya sebagai individu yang berkebolehan dan mempunyai hubungan yang baik.

Katanya, imej profesional dan kecekapan strategiknya serta kemahiran mempengaruhi yang ada pada Jho Low, menjadikan dia seorang yang layak mendapat kepercayaan dan keyakinan.

“Pada masa itu, saya tidak mempunyai sebab untuk mempersoalkan niat atau tindakan Jho Low, kerana urusannya dengannya sentiasa berpandukan kepada perkara yang saya percaya untuk kepentingan negara.

“Bagaimanapun, hanya kerana saya mempercayai Jho Low, itu tidak bermakna saya memberinya arahan untuk bertindak sebagai perantara untuk diri saya sendiri dan pengurusan atau pengarah 1MDB.

“Begitu juga, ia tidak bermakna saya memberi kuasa kepadanya untuk membawa resolusi seperti dokumen SRR & MR untuk saya tandatangan di kediaman saya di Langgak Duta,” katanya.

Najib menegaskan, beliau menjalankan tugas rasmi tanpa syak wasangka, dan akan menandatangani resolusi yang dibentangkan oleh pegawainya.

Katanya, beliau tidak akan menandatangani sebarang resolusi melainkan Lembaga Pengarah 1MDB telah memberikan kelulusan melalui Resolusi Pekeliling Pengarah (DCR) yang dilampirkan pada resolusi yang diminta bagi kelulusannya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

HarianMetro-

Tags: Datuk Seri Najib RazakJho Lowmasak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

5 Petugas Jabatan Forensik Hospital Kerajaan Didakwa Terima Rasuah Pengurusan Mayat

Next Post

GISBH: Lebih 130 Kanak-kanak Belum Dituntut

Related Posts

Bercuti Bersama Keluarga, Tak Masuk Akal Bawa Pegawai Wisma Putra – Najib

Bercuti Bersama Keluarga, Tak Masuk Akal Bawa Pegawai Wisma Putra – Najib

23/01/2025
0

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, tiada keperluan untuk membawa pegawai Wisma Putra pada...

Kenapa Saya Dipersalahkan?: Najib

Kenapa Saya Dipersalahkan?: Najib

20/01/2025
0

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak menafikan beliau mempengaruhi keputusan Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk mengadakan usaha sama dengan...

Next Post
GISBH: Lebih 130 Kanak-kanak Belum Dituntut

GISBH: Lebih 130 Kanak-kanak Belum Dituntut

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd