• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trump Minta Mahkamah Agung Tangguh Tarikh Akhir Larangan TikTok

oleh Mohd Arshad
28/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Trump Minta Mahkamah Agung Tangguh Tarikh Akhir Larangan TikTok
Share on FacebookShare on Twitter

ISTANBUL: Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengemukakan petisyen kepada Mahkamah Agung pada Jumaat untuk menangguhkan penjualan TikTok oleh syarikat induk China, ByteDance atau berdepan larangan daripada beroperasi di negara itu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Agensi Anadolu, yang memetik kenyataan pegawai, melaporkan bahawa tarikh akhir untuk pelucutan hak milik itu adalah pada 19 Januari, sehari sebelum majlis angkat sumpah Trump sebagai Presiden.

Difahamkan, langkah itu bertujuan untuk memberi peluang kepada presiden terpilih ‘mencari penyelesaian politik’, kata pasukannya.

“Memandangkan kes ini adalah sesuatu yang baharu dan rumit, mahkamah harus mempertimbangkan untuk menangguhkan tarikh akhir yang ditetapkan undang-undang.

“Ini bagi memberikan lebih ruang untuk menangani isu-isu ini,” menurut hujah pasukan guaman Trump dalam dokumen yang difailkan pada Jumaat.

Trump, yang lantang mengkritik aplikasi media sosial popular itu semasa penggal pertamanya, menyuarakan kebimbangan terhadap isu keselamatan negara.

Beliau mendakwa aplikasi itu boleh digunakan oleh China untuk mengakses data pengguna AS atau memanipulasi kandungan pada platform itu – dakwaan yang telah dinafikan secara konsisten oleh ByteDance dan Beijing.

Pentadbirannya sebelum ini mendesak penjualan aplikasi itu kepada syarikat yang berpangkalan di AS, namun usaha berkenaan tidak berjaya.

Pendirian Trump dilihat telah berubah dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

“Sekarang saya sedang memikirkannya, saya menyokong TikTok, kerana anda memerlukan persaingan.

“Jika anda tidak mempunyai TikTok, anda mempunyai Facebook dan Instagram – dan itu, anda tahu, itu adalah Zuckerberg,” katanya dalam satu temu bual baru-baru ini dengan Bloomberg, merujuk kepada Mark Zuckerberg.

Kenyataan itu mencerminkan perubahan pandangan Trump, yang kini menentang kecenderungan monopoli syarikat teknologi domestik seperti Meta, syarikat induk Facebook dan Instagram.

“Presiden Trump tidak mengambil sebarang pendirian terhadap merit pertikaian ini, sebaliknya, beliau dengan hormatnya meminta mahkamah mempertimbangkan untuk menangguhkan tarikh akhir undang-undang ini.

“Penangguhan akan membolehkan pentadbiran baharu Presiden Trump mencari penyelesaian politik” tulis peguamnya, John Sauer.

Bernama-

Tags: Amerika SyarikatTikTok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Mintak Balik Bom Tak Meletup’ — Barua Amerika Hipokrit Tak Reti Malu

‘Mintak Balik Bom Tak Meletup’ — Barua Amerika Hipokrit Tak Reti Malu

26/11/2025
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Tindakan Amerika Syarikat didakwa meminta kerajaan Lubnan menyerahkan semula bom GBU-39B yang tidak meletup dalam...

Amerika Beri Peringatan Kepada Malaysia Mengenai BRICS

Amerika Beri Peringatan Kepada Malaysia Mengenai BRICS

04/11/2025
0

Dah mula dah..... AS Beri Amaran Kepada Malaysia Mengenai Kerjasama Dalam BRICS Laporan Mynewshub Tarikh: 4 November 2025 AS Tegaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd