• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Takrifan Pengelasan T15 Dijangka Umum Suku Pertama Tahun Depan – Rafizi

oleh Mohd Arshad
10/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Takrifan Pengelasan T15 Dijangka Umum Suku Pertama Tahun Depan – Rafizi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Pengelasan kategori pendapatan T15 yang akan dikecualikan daripada beberapa subsidi kerajaan termasuk petrol dijangka dimuktamadkan suku pertama tahun depan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata tempoh masa itu diberikan kerana masih ada rakyat yang belum mendaftar dalam sistem data kerajaan bagi menentukan sama ada mereka layak atau sebaliknya memperoleh subsidi kerajaan.

“Perancangannya supaya ia dapat diumumkan pada suku pertama tahun hadapan… maksudnya penentuan kelayakan pengelasan ini akan diumumkan, seterusnya akan beri ruang kepada mereka yang belum mendaftar.

“Bagi mereka yang telah semak dan dapati tidak layak, cadangannya akan ada mekanisme untuk rayuan.

“Perkara ini perlu dilaksanakan terlebih dahulu dan pelaksanaan di stesen minyak kelak,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya) yang ingin tahu bilakah subsidi bersasar bagi petrol akan dilaksana dan apakah pendekatan diambil kerajaan bagi memastikan golongan yang terkesan menerima bantuan sewajarnya.

Belanjawan 2025 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan pada 18 Oktober lalu mencetuskan pertikaian beberapa pihak terutama pembangkang yang mempersoalkan mengapa kumpulan pendapatan T15 disebut sebagai bakal dikecualikan subsidi sedangkan takrifan mengenai kelompok itu belum dimuktamadkan.

Sehingga hari ini, kerajaan belum memuktamadkan jumlah tangga pendapatan bagi klasifikasi kelompok 15 peratus teratas rakyat berpendapatan tinggi atau lebih dikenali T15.

Menerusi penjelasan itu, Perdana Menteri menafikan anggapan dan fahaman sebilangan pihak yang secara pasti mentakrifkan bahawa T15 yang akan dikecualikan daripada subsidi tahun depan adalah isi rumah berpendapatan RM12,000 ke atas seperti takrifan dipakai pada masa kini.

BHonline-

Tags: Rafizi RamliT15
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

26/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan ketepatan angka defisit fiskal negara dengan alasan bahawa bayaran...

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

07/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa agensi itu digunakan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd