• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindiket Warga Asing Guna Kad Pengenalan Warga Tempatan Tumpas

oleh Mohd Arshad
21/12/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Sindiket Warga Asing Guna Kad Pengenalan Warga Tempatan Tumpas
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Satu sindiket warga asing yang bekerja menggunakan kad pengenalan warga tempatan berjaya ditumpaskan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menerusi serbuan Op Mahir di sebuah kilang di Senai, Kulai pada Khamis.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, operasi jam 6.45 petang itu hasil risikan yang dijalankan selama dua hari.

Jelasnya, tindakan penguatkuasaan terbabit diambil susulan penahanan empat warga asing sebelum ini yang mengaku bekerja menggunakan identiti warga tempatan palsu di sebuah kilang di sini.

“Secara keseluruhannya, JIM Johor menahan 74 lelaki dan 54 perempuan warga asing selain seorang majikan warga tempatan, selepas 292 warga asing dan warga tempatan diperiksa dalam Ops Mahir yang dilakukan di kilang berkenaan.

“Daripada jumlah itu, seramai 129 ditahan termasuk seorang majikan warga asing yang ditahan didapati menggunakan dokumen pengenalan diri warga tempatan untuk memohon kerja.

“Selain itu, turut ditahan lima lagi warga asing yang menggunakan kad pengenalan milik warga tempatan untuk bekerja di kilang berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Mohd Rusdi berkata, kesemua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor menahan lima warga asing itu yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Peraturan 25 Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 iaitu memiliki dan menggunakan kad pengenalan milik orang lain.

“Tahanan warga asing ditempatkan di Depoh Imigresen Pekan Nenas untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, JIM Johor akan terus memerangi dan tidak akan berkompromi dengan majikan, pemilik premis serta individu yang didapati menggaji serta melindungi pendatang asing tanpa izin (Pati).

SinarHarian-

Tags: kad pengenalansindiket warga asing
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Guatemala Selamatkan 160 Kanak-kanak Bawah Umur Daripada Penderaan Seksual

Next Post

Polis Tidak Gentar Ancaman Di Sempadan Sungai Golok

Related Posts

PRN: 94 Laporan Berkaitan Salah Guna Kad Pengenalan

PRN: 94 Laporan Berkaitan Salah Guna Kad Pengenalan

13/08/2023
0

PETALING JAYA: Sebanyak 94 laporan polis berhubung kesalahan salah guna kad pengenalan diterima pada hari pembuangan undi sempena Pilihan Raya...

PRU-15: Wan Azizah Tercicir Kad Pengenalan Semasa Berarak

PRU-15: Wan Azizah Tercicir Kad Pengenalan Semasa Berarak

05/11/2022
0

Kuala Lumpur : Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tercicir kad pengenalan ketika berarak ke...

Next Post
Polis Tidak Gentar Ancaman Di Sempadan Sungai Golok

Polis Tidak Gentar Ancaman Di Sempadan Sungai Golok

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd