• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sebat Pesalah Khalwat Berulang: 40 Polis Kawal Keselamatan, Orang Ramai Dilarang Buat Rakaman

oleh Mohd Arshad
25/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Sebat Pesalah Khalwat Berulang: 40 Polis Kawal Keselamatan, Orang Ramai Dilarang Buat Rakaman
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 40 pegawai dan anggota polis akan ditempatkan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, di sini, untuk mengawal keselamatan serta kelancaran proses hukuman sebat ke atas seorang tukang rumah, Jumaat ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata ia sebagai langkah berjaga-jaga akan sebarang kemungkinan berlaku provokasi atau tindakan melampaui batasan undang-undang bagi mengganggu pelaksanaan hukuman itu nanti.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana individu atau kumpulan yang cuba mencetuskan provokasi terhadap petugas mahupun tertuduh pada hari berkenaan.

“Hukuman ke atas tertuduh sudahpun diputuskan, biarlah pihak yang bertanggungjawab melaksanakan tugas,” katanya, di sini, hari ini.

Azli memaklumkan, hanya 70 individu akan dibenarkan memasuki ruangan tempat hukuman sebat itu dijalankan.

Justeru, beliau berkata, jemaah yang hadir di masjid berkenaan dinasihatkan beredar segera setelah selesai menunaikan solat Jumaat pada hari itu.

“Orang ramai tidak perlu berkumpul sehingga menyebabkan berlaku kesesakan di pekarangan masjid itu.

“Sebarang rakaman adalah tidak dibenarkan. Pihak polis akan membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada alatan elektronik atau telekomunikasi dibawa masuk ke ruangan tempat hukuman itu dilaksanakan.

“Saya memohon semua pihak menghormati undang-undang dan tidak melakukan kekacauan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang tukang rumah menjadi individu pertama di Terengganu akan menjalani hukuman enam sebatan di khalayak ramai kerana melakukan kesalahan khalwat berulang.

Hukuman itu diputuskan Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Kamalruazmi Ismail, selepas tertuduh, Mohd Affendi Awang, 42, mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 31(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022.

Selain enam sebatan, tertuduh juga dihukum denda RM4,000 atau enam bulan penjara jika gagal menjelaskan denda itu.

Hukuman sebatan ke atas tertuduh sepatutnya dilaksanakan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah pada 6 Disember lalu, namun ditangguhkan susulan permohonan semakan yang difailkan kepada Mahkamah Rayuan Syariah.

BHonline-

Tags: pesalah khalwatrakaamnsebat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PGA9 Tahan Lelaki Miliki Pistol Tiruan, Peluru Airsoft, Patch Tentera Dan Dadah

Next Post

Pelantikan Thaksin Tumpu Usaha Lonjak Ekonomi, Rintis Usaha Damai Di Selatan Thai – PM

Related Posts

Hukuman Sebat Pesalah Khalwat Dilaksana Selepas Pemeriksaan Kesihatan

Hukuman Sebat Pesalah Khalwat Dilaksana Selepas Pemeriksaan Kesihatan

27/12/2024
0

KUALA TERENGGANU - Hukuman sebatan depan khalayak ramai akan dilaksanakan selepas solat Jumaat hari ini sebaik pemeriksaan kesihatan dijalankan mendapati...

Rogol Anak Hingga Bersalin, Buruh Dipenjara 72 Tahun, 60 Sebatan

Rogol Anak Hingga Bersalin, Buruh Dipenjara 72 Tahun, 60 Sebatan

12/09/2024
0

KOTA BHARU - Seorang buruh hari ini dihukum penjara 72 tahun dan 60 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini setelah...

Next Post
Pelantikan Thaksin Tumpu Usaha Lonjak Ekonomi, Rintis Usaha Damai Di Selatan Thai – PM

Pelantikan Thaksin Tumpu Usaha Lonjak Ekonomi, Rintis Usaha Damai Di Selatan Thai - PM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd