• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Thailand Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi 2 Hari

oleh AK-47
15/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
PM Thailand Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi 2 Hari
Share on FacebookShare on Twitter

Sepang : Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri Rundingan Tahunan Malaysia-Thailand Ketujuh (AC), yang bertujuan mempererat hubungan dua hala dan memperkukuh kerjasama serantau.

Pesawat khas membawa anak perempuan bongsu bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra, suaminya Pidok Sooksawas dan delegasi mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5.20 petang.

Antara yang menyambut ketibaan Paetongtarn dan delegasi beliau ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa dan Ketua Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Thailand, Bong Yik Jui.

Sejurus tiba, Paetongtarn memeriksa kawalan kehormatan yang dibarisi oleh 28 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) yang diketuai oleh Kapten Khairul Azmi Jamingon.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Negeri yang juga dikenali sebagai Wisma Putra memaklumkan Paetongtarn akan disambut oleh Anwar dalam majlis sambutan rasmi, diikuti dengan mesyuarat dua hala.

Kedua-dua pemimpin dijangka menyaksikan pemeteraian perjanjian dan memorandum persefahaman (MoU) bagi mengukuhkan kerjasama dalam pelbagai sektor, disusuli satu sidang media bersama dan jamuan tengah hari yang dihoskan oleh Anwar.

Paetongtarn dan Anwar akan bersama-sama mempengerusikan AC berkenaan, serta satu kenyataan akhbar bersama akan dikeluarkan selepas itu.

Lawatan berkenaan susulan daripada Mesyuarat Ke-15 Suruhanjaya Bersama Bagi Kerjasama Dua Hala dan Mesyuarat Ke-6 Strategi Pembangunan Bersama bagi Kawasan Sempadan antara Malaysia dan Thailand, yang dipengerusikan oleh Menteri Luar kedua-dua negara di Kuala Lumpur pada 6 Ogos lepas.

Lawatan itu juga merupakan lanjutan daripada pertemuan peringkat tinggi antara kedua-dua negara, selepas lawatan kerja Anwar dan Paetongtarn ke Sungai Golok, Thailand dan Rantau Panjang, Kelantan pada 3 Ogos lepas.

Thailand kekal sebagai rakan dagang penting bagi Malaysia, berada di kedudukan keenam terbesar di dunia dan kedua terbesar dalam ASEAN pada 2023, dengan perdagangan dua hala bernilai AS$24.83 bilion (RM113.16 bilion).

Bagi tempoh antara Januari hingga Oktober 2024, perdagangan antara kedua-dua negara mencecah AS$20.75 bilion (RM95.50 bilion), melepasi AS$20.69 bilion (RM94.37 bilion) yang direkodkan pada tempoh yang sama tahun lepas.

-Harian Metro

Tags: PM Thailand
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

TH Umum Kos Mengerjakan Haji 2025 Pagi Esok

Next Post

Kenaikan Tambang Feri Ke Langkawi Bagi Warga Malaysia Dibatalkan

Related Posts

Anwar Ucap Tahniah Anak Thaksin Jadi PM Thailand

Anwar Ucap Tahniah Anak Thaksin Jadi PM Thailand

18/08/2024
0

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Paetongtarn Shinawatra atas pemilihannya sebagai Perdana Menteri Thailand. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….....

Junta Tentera Batal Larangan Aktiviti Politik

12/12/2018
0

BANGKOK - Thailand akan mengadakan pilihan raya umum yang tertangguh pada 24 Februari 2019, kata Suruhanjaya Pilihan Raya semalam selepas...

Next Post
Kenaikan Tambang Feri Ke Langkawi Bagi Warga Malaysia Dibatalkan

Kenaikan Tambang Feri Ke Langkawi Bagi Warga Malaysia Dibatalkan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd