• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perancis Mohon Indonesia Pindahkan Warganya Yang Dijatuhi Hukuman Mati

oleh Mohd Arshad
28/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Perancis Mohon Indonesia Pindahkan Warganya Yang Dijatuhi Hukuman Mati
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA: Perancis mengemukakan permohonan rasmi kepada Indonesia untuk memindahkan seorang warganegara Perancis yang dijatuhi hukuman mati dan sudah menjalani hampir 20 tahun hukuman penjara, kata seorang menteri Indonesia kepada AFP hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Indonesia membebaskan separuh daripada tahanan berprofil tinggi, termasuk seorang ibu warga Filipina yang dijatuhi hukuman mati serta lima anggota terakhir kumpulan penyeludup dadah dikenali sebagai ‘Bali Nine’.

Perwakilan Perancis mengesahkan bahawa perbincangan sedang dijalankan untuk memindahkan seorang lelaki warga Perancis, Serge Atlaoui, 61, yang ditahan pada 2005 di sebuah kilang dadah di luar Jakarta.

Dalam pada itu, Jakarta mengesahkan bahawa mereka sudah menerima permohonan rasmi berkenaan.

Menteri Kanan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Yusril Ihza Mahendra, berkata pihaknya sudah menerima surat rasmi yang meminta Srge Atlaoui dipindahkan.

Katanya, permohonan terbabit akan dikaji dan dibincangkan pada awal Januari. Kedutaan Perancis di Jakarta bagaimanapun enggan memberi maklum balas mengenai perkara terbabit kepada AFP.

Atlaoui, bapa kepada empat anak, menegaskan bahawa dirinya tidak bersalah dan mendakwa dia hanya memasang mesin di kilang yang disangkanya kilang akrilik.

Beliau pada mulanya dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, namun Mahkamah Agung pada 2007 meningkatkan hukuman terbabit kepada hukuman mati selepas rayuan.

Selepas dijatuhkan hukuman mati, Atlaoui ditahan di pulau Nusakambangan, Jawa Tengah, yang dikenali sebagai ‘Alcatraz Indonesia’, sebelum dipindahkan ke bandar Tangerang, barat Jakarta, pada 2015 menjelang rayuannya.

Pada tahun terbabit, Atlaoui sepatutnya dihukum mati bersama lapan pesalah dadah lain, tetapi mendapat penangguhan sementara selepas Perancis meningkatkan tekanan diplomatik.

Pihak berkuasa Indonesia bersetuju untuk membenarkan proses rayuan yang masih berjalan diteruskan.

Dalam rayuan berkenaan, peguam Atlaoui berhujah bahawa presiden Indonesia ketika itu, Joko Widodo (Jokowi), tidak mempertimbangkan kes terbabit dengan sewajarnya.

Katanya, Jokowi menolak permohonan pengampunan Atlaoui, yang pada kebiasaannya menjadi peluang terakhir pesalah hukuman mati untuk mengelak hukuman tembak.

Bagaimanapun, mahkamah mengekalkan keputusan sebelumnya bahawa ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar cabaran berhubung permohonan pengampunan berkenaan.

Peguam Atlaoui, Richard Sedillot, memberitahu AFP bulan lalu bahawa masih terdapat harapan besar bagi permohonan pemindahannya itu.

BHonline-

Tags: hukuman matiIndonesiaPerancis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tujuh Jam Yang Mendebarkan Untuk Seorang Remaja Di Indonesia

Tujuh Jam Yang Mendebarkan Untuk Seorang Remaja Di Indonesia

03/12/2025
0

INDONESIA – Dalam insiden yang mengundang tangisan berjuta penonton di media sosial, seorang remaja lelaki melalui detik paling mencemaskan dalam...

Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina Dihukum Mati

Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina Dihukum Mati

17/11/2025
0

DHAKA: Mahkamah di Dhaka, hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap bekas Perdana Menteri Bangladesh yang digulingkan, Sheikh Hasina, atas tuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd