• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemberontak Masuk Damsyik, Presiden Bashar Tinggalkan Ibu Negara

oleh Mohd Arshad
08/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pemberontak Masuk Damsyik, Presiden Bashar Tinggalkan Ibu Negara
Share on FacebookShare on Twitter

DAMSYIK: Presiden Syria Bashar al-Assad menaiki pesawat dan meninggalkan Damsyik ke destinasi yang tidak diketahui pada Ahad, kata dua pegawai kanan tentera kepada Reuters, ketika pemberontak berkata, mereka memasuki ibu negara.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beribu-ribu orang sama ada di dalam kereta dan berjalan kaki berkumpul di dataran utama di Damsyik, sambil melambai dan melaungkan “Kebebasan,” kata saksi.

“Kami meraikan bersama rakyat Syria, berita pembebasan tahanan kami dan melepaskan rantai mereka dan mengumumkan berakhirnya era ketidakadilan di penjara Sednaya,” kata pemberontak.

Sednaya ialah penjara tentera yang besar di pinggir Damsyik di mana kerajaan Syria menahan beribu-ribu orang.

Hanya beberapa jam sebelum itu, pemberontak mengumumkan bahawa mereka menguasai sepenuhnya bandar utama Homs selepas hanya sehari berperang, sekali gus menyebabkan pemerintahan Bashar selama 24 tahun, bergelantungan.

Bunyi tembakan yang kuat kedengaran di tengah-tengah Damsyik, kata dua penduduk pada Ahad, walaupun tidak jelas punca tembakan itu.

Di kawasan luar bandar di barat daya ibu negara, belia tempatan dan bekas pemberontak mengambil kesempatan susulan kehilangan kuasa itu untuk turun ke jalanan dalam tindakan menentang pemerintahan autoritarian keluarga Bashar.

Beribu-ribu penduduk Homs membanjiri jalan raya selepas tentera berundur dari pusat bandar, menari dan melaungkan “Assad sudah tiada, Homs sudah bebas” dan “Hidup Syria dan turun bersama Bashar al-Assad.”

Pemberontak melepaskan tembakan ke udara dalam perayaan, dan pemuda merobohkan poster presiden Syria.

Kejatuhan Homs memberikan pemberontak kawalan ke atas kawasan strategik di Syria dan persimpangan lebuh raya utama, memisahkan Damsyik dari kawasan pantai yang menjadi kubu kuat mazhab Alawit Assad, dan di mana sekutu Bashar iaitu Russia mempunyai pangkalan tentera laut dan pangkalan udara.

Penguasaan Homs juga simbol kuat bagi kebangkitan dramatik pergerakan pemberontak dalam konflik yang berusia 13 tahun itu.

Komander Hayat Tahrir al-Sham Abu Mohammed al-Jolani, pemimpin pemberontak utama, menyebut penguasaan itu sebagai detik bersejarah.

Pemberontak membebaskan beribu-ribu tahanan dari penjara bandar. Pasukan keselamatan pergi dengan tergesa-gesa selepas membakar dokumen mereka.

Operasi sedang dijalankan untuk “membebaskan sepenuhnya” kawasan luar bandar di sekitar Damsyik.

BHonline-

Tags: DamsyikpemberontakPresiden Bashar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Acara Lelong Harta Datuk Vida Esok Ditangguhkan – Peguam

Next Post

Khairul Aming Rebah Sebaik Selesai Misi Bantuan Banjir

Related Posts

6 Pemberontak Maut Di Kashmir

30/12/2021
0

SRINAGAR: Tentera kerajaan India di Kashmir membunuh enam suspek pemberontak dalam dua serangan, kata polis hari ini. Sejak lebih tiga...

Pesawat PBB Pindahkan Pemberontak Cedera Dari Yaman

03/12/2018
0

RIYADH - Tentera pakatan Teluk diketuai Arab Saudi berkata pesawat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan tiba hari ini di Sanaa...

Next Post
Khairul Aming Rebah Sebaik Selesai Misi Bantuan Banjir

Khairul Aming Rebah Sebaik Selesai Misi Bantuan Banjir

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd