• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemancing Dakwa Dirompak 4 Lelaki Berpakaian Celoreng Tentera

oleh Mohd Arshad
22/12/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Pemancing Dakwa Dirompak 4 Lelaki Berpakaian Celoreng Tentera
Share on FacebookShare on Twitter

Semporna : Tiga pemancing berdepan detik cemas apabila dirompak empat lelaki berpakaian celoreng tentera di kawasan perairan antara Pulau Boheyan dan Pulau Siamil, dekat sini, Sabtu lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Difahamkan, kejadian kira-kira jam 6.10 pagi itu, pengadu bersama dua rakannya dalam perjalanan dari pekan Semporna menuju ke arah Pulau Mataking untuk memancing sebelum terserempak dengan sebuah bot warna hitam yang dipercayai bot tentera sedang memeriksa sebuah bot awam.

Sumber memberitahu, tidak lama selepas itu iaitu kira-kira dalam jarak dua kilometer bot yang dinaiki mereka kemudiannya dihampiri bot tentera berkenaan sebelum diarahkan berhenti untuk tujuan pemeriksaan.

“Pengadu, lelaki tempatan berumur 31 tahun itu, mendakwa melihat empat orang lelaki berpakaian baju T celoreng tentera darat berseluar hijau tentera.

“Semasa pemeriksaan dibuat salah seorang suspek mengarahkan pengadu bersama dua rakannya mengeluarkan kad pengenalan serta semua barang dalam beg termasuk wang supaya diletakkan atas dek bot.

“Salah seorang suspek bagaimanapun telah mengambil seikat wang pelbagai not yang keseluruhannya berjumlah RM1800 manakala seorang lagi suspek bertindak mengambil 16 tong mengandungi petrol sebelum mereka beredar dari lokasi kejadian,” katanya.

Menurut sumber itu juga, pengadu tidak dapat mengecam wajah kesemua suspek terbabit kerana tidak memakai tanda nama serta memakai topeng namun mengesahkan mereka menggunakan bot jenis fiber dengan dua buah enjin 200hp (kuasa kuda) tanpa nombor pendaftaran.

Bagaimanapun, pengadu berkata suspek bertutur dalam bahasa Melayu manakala seorang lagi bercakap dalam bahasa Bajau.

Mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Pulau Bum Bum kira-kira jam 3.50 pagi pada 15 Disember lalu.

Sementara itu Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan.

“Polis ada buat tangkapan dan kes masih dalam siasatan,” jawabnya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp di sini, hari ini.

-Harian Metro

Tags: celorengKes RompakPemancing
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Trump Mungkin Tuntut Terusan Panama Dikembalikan Kepada AS

Next Post

JPS Mulakan Kerja Baik Pulih Runtuhan Tebing Sungai Kelantan Hari Ini

Related Posts

Maritim Selamatkan Lima Pemancing Terkandas

Maritim Selamatkan Lima Pemancing Terkandas

18/08/2022
0

KUALA SELANGOR: Lima pemancing tempatan menempuh detik getir apabila terkandas di Pulau Batu Berantai akibat cuaca buruk kira-kira 1.4 batu...

Ribut Petir Di Utara Selat Melaka Bahayakan Pemancing, Bot Kecil

27/02/2022
0

ALOR SETAR - Keadaan ribut petir yang melanda di utara perairan Selat Melaka pada Ahad dan Isnin boleh mendatangkan bahaya...

Next Post
JPS Mulakan Kerja Baik Pulih Runtuhan Tebing Sungai Kelantan Hari Ini

JPS Mulakan Kerja Baik Pulih Runtuhan Tebing Sungai Kelantan Hari Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd