• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Padah Ekori Ambulans, Lelaki Ditahan Pandu Kereta Berbahaya

oleh Mohd Arshad
03/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Padah Ekori Ambulans, Lelaki Ditahan Pandu Kereta Berbahaya
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Pemandu sebuah kereta ditahan selepas dikesan memandu dalam keadaan berbahaya dengan mengekori rapat sebuah ambulans di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang, kelmarin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata lelaki berusia 28 tahun itu ditahan kira-kira jam 11 malam tadi di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Katanya, polis kini sedang mengesan seorang penunggang motosikal yang turut melakukan perkara sama.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 4.40 petang kelmarin ketika sebuah ambulans melalui Kilometer 15 Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Klang.

“Ambulans itu diekori sebuah kereta dan motosikal yang turut boleh membahayakan pengguna jalan raya lain. Siasatan juga mendapati pemandu kereta dan penunggang motosikal itu bukan ahli keluarga atau mempunyai kaitan dengan pesakit dalam ambulans itu.

“Kita sudah menahan pemandu kereta itu dan kini mengesan penunggang motosikal. Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Iqbal berkata, saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Shah Alam, Inspektor Zaharizul Zamri di talian 019-3229097.

Katanya, orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa memberikan laluan kepada mana-mana kenderaan dalam tugas kecemasan serta tidak mengekori belakang kenderaan itu.

“Ini kerana boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yag lain. Pihak polis juga meminta pengguna jalan raya yang lain agar sentiasa bekerjasama dan memberikan maklumat kepada pihak polis jika mengesan sebarang kejadian sedemikian,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi 42 saat memaparkan sebuah kereta dan motosikal mengekori rapat sebuah ambulans yang dalam tugasan kecemasan.

BHonline-

Tags: Ambulanslelaki ditahan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zara Qairina Menitiskan Air Mata Ketika Dipanggil Dalam Ambulans – Guru

Zara Qairina Menitiskan Air Mata Ketika Dipanggil Dalam Ambulans – Guru

01/12/2025
0

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu bahawa Zara Qairina Mahathir menitiskan air matanya sebanyak dua kali ketika...

Lelaki Sebar Dakwaan Pembunuhan Terancang Zara Qairina Ditahan

Lelaki Sebar Dakwaan Pembunuhan Terancang Zara Qairina Ditahan

19/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki menyebarkan maklumat palsu menerusi video di TikTok yang mendakwa kematian Allahyarham Zara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd