• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

oleh Mohd Arshad
19/12/2024
dalam Politik, Terkini
0
Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama 12 hari bermula 2 Disember lalu yang menyaksikan 26 rang undang-undang (RUU) diluluskan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dewan Negara antaranya meluluskan RUU Keselamatan Dalam Talian 2024, RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) (No.2) 2024, RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2024 dan RUU Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2024 di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Selain itu, RUU Pemegang Amanah (Pindaan) 2024, RUU Pemegang Amanah (Pemerbadanan) (Pindaan) 2024, RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024, RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 dan RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 di bawah kementerian sama juga diluluskan.

Turut diluluskan RUU Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 di bawah Kementerian Komunikasi serta RUU Perkongsian Data 2024 di bawah Kementerian Digital.

Sementara itu, antara tumpuan dalam persidangan kali ini adalah kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ke Dewan Negara bagi bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 (Belanjawan 2025) pada 4 Disember yang turut mengumumkan beberapa inisiatif tambahan antaranya kenaikan gaji minimum dan menyasarkan bantuan kepada golongan B40.

Belanjawan 2025 diluluskan Dewan Negara dengan lebih suara bersetuju pada 12 Disember selepas melalui tempoh perbahasan selama enam hari dan penggulungan peringkat jawatankuasa bagi kementerian terlibat.

Selain Belanjawan 2025, antara RUU lain yang diluluskan di bawah kementerian Kewangan ialah RUU Kewangan 2024 dan RUU Langkah-Langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2024.

Turut diluluskan RUU Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No.2) 2024, RUU Syarikat Labuan (Pindaan) 2024, RUU Amanah Labuan (Pindaan) 2024 dan RUU Yayasan Labuan (Pindaan) 2024.

Selain itu, RUU Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan (Pindaan) 2024 dan RUU Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Pindaan) 2024 turut diluluskan.

RUU Majlis Perundingan Gaji Negara (Pindaan) 2024 dan RUU Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 juga diluluskan di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah dalam ucapan penangguhan mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Ahli Dewan Negara kerana mengambil bahagian membahaskan kesemua RUU yang dibawa dari Dewan Rakyat dan ia merupakan satu rekod baharu kerana diluluskan dalam masa enam hari.

“Saya mengesyorkan agar semua Ahli Dewan dapat meneliti dan menggunakan input daripada laporan penyata yang telah dibentangkan sama ada sebagai bahan bahas atau dalam menimbang satu RUU pada masa akan datang.

“Saya harapkan kerajaan dapat memberikan respons ke atas syor-syor yang telah diusulkan jawatankuasa pilihan khas. Saya juga ingin menyarankan agar momentum ini dapat diteruskan dan syorkan kefungsian dewan ini sebagai ‘Upper House’,” katanya.

Awang Bemee juga merakamkan penghargaan kepada beberapa Senator yang akan menamatkan perkhidmatan antaranya Datuk Seri Zurainah Musa pada 21 Disember ini.

Beliau turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua warga kerja dan pengurusan Dewan Negara yang memastikan mesyuarat kali ini berjalan dengan baik dan cemerlang.

“Selamat menyambut Hari Natal kepada semua Senator yang meraikan dan kepada semua, selamat tahun baru 2025,” katanya yang kemudian menangguhkan persidangan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

HarianMetro-

Tags: Dewan NegaraditangguhRUU
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rakyat Malaysia Ditahan Di Bangkok Dalang Sindiket Ubah Wang Haram Lebih RM652.8 Juta

Next Post

Punca Pelajar UMT Dipukul Bergilir-gilir

Related Posts

KKM Rancang Bentang RUU ‘Good Samaritan Law’ Lindungi Penyelamat Nyawa

KKM Rancang Bentang RUU ‘Good Samaritan Law’ Lindungi Penyelamat Nyawa

14/12/2024
0

GEORGETOWN: Kementerian Kesihatan (KKM) merancang memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) berkonsepkan 'Good Samaritan Law' bagi melindungi individu yang bertindak memberikan bantuan...

14 Hari Untuk KSU Kementerian Serahkan RUU Ke Parlimen

14 Hari Untuk KSU Kementerian Serahkan RUU Ke Parlimen

12/08/2024
0

KUALA TERENGGANU : Ketua Setiausaha di semua kementerian diminta mengemukakan semua rang undang-undang (RUU) terutamanya yang bahari kepada Parlimen dalam...

Next Post
Punca Pelajar UMT Dipukul Bergilir-gilir

Punca Pelajar UMT Dipukul Bergilir-gilir

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd