• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Rohingya Rogol Gadis 14 Tahun Diarah Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Mohd Arshad
03/12/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Lelaki Rohingya Rogol Gadis 14 Tahun Diarah Ke Sekolah Henry Gurney
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seorang lelaki Rohingya bawah umur diperintahkan untuk dihantar ke Sekolah Henry Gurney di Melaka oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa kerana merogol remaja perempuan berusia 14 tahun, Jun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Hakim, Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh yang berusia 18 tahun selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah merogol seorang perempuan berusia 14 tahun di dalam bilik sebuah hotel di Tampin pada 8 Jun lalu, kira-kira jam 4.20 petang hingga 5.10 petang.

Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dan merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) memberitahu yang sebelum ditahan, dia bekerja sebagai pembekal dan telah direman selama lima bulan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi memohon hukuman penjara yang setimpal sebagai memberi pengajaran memandangkan jenayah dilakukan adalah serius kerana melibatkan mangsa berusia 14 tahun.

Sebelum hukuman dijatuhkan, mahkamah juga mendengar laporan sosial tertuduh yang dibentangkan oleh pegawai sosial.

Selepas mahkamah mendengar fakta kes daripada pihak pendakwaan dan rayuan tertuduh, mahkamah mendapati tertuduh bersalah atas pertuduhan dibacakan.

Namun Surita memberitahu, pihaknya berpendapat hukuman penjara adalah tidak bersesuaian dalam kes terbabit.

Ia selepas beliau mengambil kira laporan sosial yang dikemukakan dan cadangan daripada peguam, S Karthigesan sebagai amicus curiae.

“Oleh itu mahkamah memerintahkan pesalah muda diletakkan di Sekolah Henry Gurney sehingga mencapai umur 21 tahun menurut Seksyen 76 Akta Kanak-Kanak 2001.

“Saya harap ibu bapa tidak ketepikan anak selepas ini dan terus bagi sokongan kepada anak sehingga mencapai usia 21 tahun,” katanya.

SinarHarian-

Tags: kes rogollelakiRohingyaSekolah Henry Gurney
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

03/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular sebuah video di media sosial memaparkan sekumpulan penduduk tempatan menghalau komuniti Rohingya di Kampung Pandan, dipercayai...

171 Lelaki Disyaki Terbabit Aktiviti Songsang Dibebaskan

171 Lelaki Disyaki Terbabit Aktiviti Songsang Dibebaskan

30/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 171 lelaki warga tempatan yang ditahan dalam serbuan pusat spa dan kesihatan di Chow Kit kelmarin dibebaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd