• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan DNA, Bedah Siasat Pembunuhan Kejam Cikgu Istiqomah Diperoleh

oleh Mohd Arshad
23/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Laporan DNA, Bedah Siasat Pembunuhan Kejam Cikgu Istiqomah Diperoleh
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini menetapkan 23 Januari depan sebagai sebutan semula kes pembunuhan kejam seorang guru, Istiqomah Ahmad Rozi, 33, pada Disember tahun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Majistret Dr Teoh Shu Yee menetapkan tarikh itu sebagai sebutan izin memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi Melaka.

Ia sejurus Pegawai Pendakwa Inspektor Noor Hidayu Abd Latif memaklumkan dokumen penting iaitu laporan asid deoksiribonukleik (DNA) dan bedah siasat telah diperoleh.

Terdahulu, tarikh sebutan baharu itu ditetapkan selepas mahkamah menerima cadangan daripada peguam mewakili tertuduh, K K Veeranesh.

Tertuduh, Mohd Fadzly Ariffadzilah, 36, yang juga bekas guru dibawa ke mahkamah kira-kira pukul 9 pagi ini dengan mengenakan baju-T dan seluar putih serta memakai pelitup muka dengan kawalan anggota polis.

Pada 19 Ogos lalu, dia didakwa kali pertama mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu melakukan pembunuhan terhadap Istiqomah di tepi jalan Kampung Tanjung Rimau Luar, Pulau Sebang, di sini, antara 26 Disember 2023 hingga 31 Disember 2023.

Sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau jika tidak dihukum mati, hendaklah dipenjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan.

Astro AWANI sebelum ini melaporkan tertuduh ditahan selepas dipercayai melakukan pembunuhan kejam terhadap mangsa yang juga guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Masai 3 yang dilaporkan hilang sejak 27 Disember tahun lalu.

Ia selepas misteri penemuan mayat tanpa kepala, kaki dan tangan yang disumbat dalam tong sampah dan dibuang ke longkang di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang, di sini 31 Disember lalu terjawab apabila ianya disahkan milik guru wanita berkenaan.

Ianya disahkan berdasarkan ujian DNA yang dilakukan terhadap ibunya pada 2 Ogos lalu mendapati ia sepadan dengan mangsa yang dilaporkan hilang sejak 27 Disember tahun lalu.

Awani-

Tags: Cikgu IstiqomahLaporan DNApembunuhan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ceroboh Kem Tentera: Lelaki Warga Rusia Didenda RM1,000

Next Post

Kerajaan Negeri Tunggu Laporan Penuh Tarian Mencolok Mata

Related Posts

Polis Cari Anggota Badan Cikgu Istiqomah

Polis Cari Anggota Badan Cikgu Istiqomah

12/08/2024
0

ALOR GAJAH - Polis masih mengesan beberapa anggota badan milik Cikgu Istiqomah yang belum dijumpai. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….....

Rangka Celah Pokok Milik Hafiz Fauzan? Tunggu Laporan DNA – Polis

Rangka Celah Pokok Milik Hafiz Fauzan? Tunggu Laporan DNA – Polis

25/06/2024
0

Batu Pahat : Polis mengesahkan penemuan rangka manusia oleh orang awam di celah pokok dalam kebun durian, Jalan Yong Peng-Muar,...

Next Post
Kerajaan Negeri Tunggu Laporan Penuh Tarian Mencolok Mata

Kerajaan Negeri Tunggu Laporan Penuh Tarian Mencolok Mata

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd