• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPM Tawar 100 Peratus Kekosongan Jawatan Guru Kepada Calon PISMP

oleh Mohd Arshad
02/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
KPM Tawar 100 Peratus Kekosongan Jawatan Guru Kepada Calon PISMP
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan pendekatan baharu bagi mengatasi isu kekurangan guru dengan menawarkan keseluruhan kuota pengambilan kepada calon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Menterinya, Wong Kah Woh berkata pelaksanaan itu membabitkan penawaran kepada 6,300 calon PISMP tahun ini, selari jumlah kekurangan guru yang direkodkan KPM.

Menurutnya, pelaksanaan itu berbeza daripada ketetapan pentadbiran terdahulu yang tidak membenarkan keseluruhan pengambilan guru dibuat dalam kalangan calon PISMP.

Sehubungan itu, katanya, pengambilan calon bagi PISMP diperluas kepada lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan matrikulasi, bertujuan memastikan jumlahnya mencukupi untuk menampung keperluan.

Ahli Parlimen Taiping itu juga berkata, beberapa pendekatan termasuk pengambian guru secara kontrak perkhidmatan (CoS) turut dilaksanakan bagi mengatasi isu sama, sejak dua tahun lalu.

“IPGM (Institut Pendidikan Guru) tahun ini menawarkan 6,300 slot (kekurangan guru) untuk PISMP. Sebelum ini, kita tak benarkan (calon PISMP) untuk mengisi 100 peratus (kuota kekurangan guru di seluruh negara).

“Namun, tahun ini kita berjaya mendapatkan calon dan membuat penawaran 100 peratus, membabitkan 6,300 orang untuk semua jenis sekolah seliaan KPM. Ia sudah pun ditawarkan dan ditempatkan.

“Ini amat penting untuk memastikan dalam (tempoh) lima tahun hadapan apabila golongan ini (calon PISMP) keluar (tamat pengajian), maka isu terbabit (kekurangan guru) dapat diselesaikan secara berperingkat,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) mengenai isu kekurangan guru yang masih gagal diselesaikan, pada sesi lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menjawab soalan asal, Kah Woh berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bersetuju dengan cadangan KPM untuk melaksanakan pengambilan khas bagi Sarawak tahun ini, khusus bagi menangani isu terbabit di wilayah berkenaan.

Beliau berkata, urusan pengambilan khas terbuka kepada graduan pendidikan dan bukan pendidikan dengan temu duga sudah bermula pada Oktober lalu, selain keputusan dijangka keluar awal bulan ini.

“Sehingga 31 Oktober lalu, jumlah waran perjawatan bagi sekolah di Sarawak adalah berjumlah 43,334. Jumlah pengisian guru di Sarawak adalah seramai 41,221 orang dengan kekosongan sebanyak 2,113 perjawatan. Kadar pengisian guru adalah sebanyak 95.12 peratus.

“Urusan pengambilan khas Sarawak tahun ini berdasarkan kekosongan jawatan mengikut opsyen seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Pendidikan Islam serta Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

“Pengisian jawatan bergantung kepada bekalan calon yang berjaya dalam temu duga SPP. Unjuran KPM bagi pengambilan khas Sarawak 2024 adalah seramai 1,733 orang,” katanya menjawab soalan Datuk Ali Biju (PN-Saratok).

-Berita Harian

Tags: GuruKPMPISMP
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

300 Calon SPM Di Rantau Panjang Dipindahkan Menggunakan 11 Trak, 12 Bot Tempur

Next Post

Ujian Bertutur Bahasa Melayu Berjalan Lancar, Hari Ini

Related Posts

KPM Umum 6 Berita Gembira Untuk Guru, Boleh Mohon Bertukar Selepas 2 Tahun Berkhidmat

KPM Umum 6 Berita Gembira Untuk Guru, Boleh Mohon Bertukar Selepas 2 Tahun Berkhidmat

16/05/2025
0

KUCHING: Permohonan pertukaran guru boleh dibuat selepas berkhidmat cukup dua tahun tanpa syarat adalah antara enam berita gembira diterima warga...

KPM Diminta Perhebat Profesionalisme Perguruan Seiring Keperluan Pendidikan Abad Ke-21

KPM Diminta Perhebat Profesionalisme Perguruan Seiring Keperluan Pendidikan Abad Ke-21

16/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Institut Masa Depan Malaysia (MASA) meminta Kementerian Pendidikan (KPM) memperhebat usaha memperkukuh profesionalisme perguruan menerusi inovasi pedagogi, penyediaan...

Next Post
Ujian Bertutur Bahasa Melayu Berjalan Lancar, Hari Ini

Ujian Bertutur Bahasa Melayu Berjalan Lancar, Hari Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd