• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPS Mulakan Kerja Baik Pulih Runtuhan Tebing Sungai Kelantan Hari Ini

oleh Mohd Arshad
23/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
JPS Mulakan Kerja Baik Pulih Runtuhan Tebing Sungai Kelantan Hari Ini
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memulakan kerja darurat di tebing Sungai Kelantan yang runtuh berhampiran sebuah kondominium dan hotel di Jalan Post Office Lama, di sini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim, berkata, beliau sudah menghubungi Pengarah JPS Kelantan, Dr Siti Fairus Zakaria memaklumkan kebimbangan orang ramai terutama penghuni kondominium Pelangi Mall berhubung insiden itu.

“Lokasi kejadian amat hampir dengan bangunan Pelangi Mall yang menggusarkan penduduk dan mereka tertanya-tanya apa langkah seterusnya.

“Saya sudah bercakap dengan Pengarah JPS pagi ini (semalam) dan beliau sahkan satu kerja pelaksanaan kerja darurat untuk memperbaiki atau menahan tebing runtuhan menjadi lebih teruk akan dilaksanakan hari ini mengikut tatakelola.

“Diharapkan kerja darurat itu akan siap secepat mungkin bagi mengurangkan kebimbangan orang ramai terutama 1,600 penghuni di kondominium Pelangi Mall yang setiap hari hidup dalam kebimbangan sejak hari pertama kejadian runtuhan tebing itu,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Media baru-baru ini melaporkan satu runtuhan sepanjang hampir 50 meter dikesan di tebing Sungai Kelantan yang menyebabkan laluan pejalan kaki dan rekreasi turut runtuh pada ketinggian hampir 10 meter.

Sementara itu, Penolong Pengarah Landskap Majlis Perbandaran Kota Bharu, Muhammad Faizuddin Muhammad Fadzin, berkata pihaknya akan mengeluarkan notis mengosongkan premis perniagaan di sekitar kawasan terbabit dalam masa terdekat.

Beliau berkata, notis pengosongan premis perniagaan akan diserahkan kepada kira-kira 40 peniaga berhampiran lokasi itu bagi tujuan keselamatan.

Selain itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Pelangi Mall, Foo Chek Yee, berharap kerja pembaikan tebing runtuh itu dapat dilakukan segera kerana hampir 1,600 penghuni kondominium terbabit bimbang kejadian yang berlaku sebelum ini.

“Kondominium ini sudah beroperasi sejak 15 tahun lalu dan ini kali pertama kejadian runtuhan tebing berlaku, sedikit sebanyak sangat merisaukan kami.

“Ada sebahagiannya sudah berpindah ke rumah waris kerana bimbang akan berlaku lagi runtuhan lain dan bila mendapat berita bahawa JPS akan melakukan kerja darurat memperbaiki serta menahan tebing sungai, sedikit melegakan kami,” katanya.

BHonline-

Tags: JPSRuntuhtebing sungai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Diramal Landa Kelantan, Pahang Bermula Hari Ini – JPS

Banjir Diramal Landa Kelantan, Pahang Bermula Hari Ini – JPS

29/12/2024
0

KUALA LUMPUR : Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan kemungkinan berlaku banjir di Kelantan dan Pahang selama dua hari bermula...

Sekurang-kurang 2 Maut, Lebih 50 Terperangkap Lombong Arang Batu Runtuh

Sekurang-kurang 2 Maut, Lebih 50 Terperangkap Lombong Arang Batu Runtuh

22/02/2023
0

BEIJING: Sekurang-kurang dua maut dan lebih 50 mangsa lagi dilaporkan terperangkap apabila sebuah lombong arang batu runtuh di wilayah Mongolia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd