• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Beras Putih Import Turun Hingga RM2

oleh Mohd Arshad
08/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Harga Beras Putih Import Turun Hingga RM2
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Rata-rata peniaga menurunkan harga beras putih import (BPI) antara RM1.50 hingga RM2 bagi 10 kilogram (kg).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tinjauan mendapati, bagi BPI lima kg, ia mengalami penurunan kira-kira 70 sen hingga RM1.

Perkara ini diakui oleh peniaga, Srinu, 24, yang menyatakan dia menurunkan BPI pada harga RM1.50 bagi 10 kg.

“Contoh dulu saya jual RM38, sekarang saya jual RM36.50 untuk 10 kg. Kalau beras lima kg pula, sebelum ini saya jual RM18.90, sekarang RM18.20.

“Kita juga mengharapkan apabila adanya penurunan BPI ini, akan senang untuk memperoleh stok bagi beras putih tempatan (BPT) yang sehingga kini masih sukar,” katanya ketika ditemui di Chow Kit di sini, hari ini.

Sebelum ini dilaporkan, Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) bersetuju menurunkan harga jualan BPI di pintu gudang Bernas di Semenanjung Malaysia daripada RM3,000 per tan kepada RM2,800 per tan berkuat kuasa 1 Disember.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan berjaya mengurangkan harga beras putih import di pasaran melalui hasil rundingan dengan kerajaan India dalam sesi lawatan diadakan ke negara itu, baru-baru ini.

Seorang lagi peniaga, Gaffar Mohamed Hanifa, 38, menyatakan dia menurunkan harga BPI antara RM1.50 ke RM2 dan ia adalah mengikut jenama.

“Jenama beras seperti cap masjid dan cap bawang turun RM1.50 manakala untuk RM2 itu jenama Jati, Hayati dan Aura.

“Sebagai contoh mana-mana beras yang sebelum ini kita jual pada harga RM38 bagi 10 kg, kini kita jual RM36.

“Kalau BPI lima kg pula, akan turun sebanyak 70 sen hingga RM1. Contohnya sebelum ini cap bawang atau masjid ini kita jual RM18, tetapi kini dijual RM18.30,” katanya.

Dia juga mengharapkan dengan penurunan BPI ini akan membolehkan pihaknya memperoleh BPT untuk dijual kepada pelanggannya.

“Kalau dapat BPT itu, senang untuk pelanggan kami. Ia lagi murah dan pilihan beras yang ada akan lebih banyak,” katanya.

Peniaga nasi lemak, Azhar Ibrahim, 65, menyatakan dia menyambut baik penurunan harga BPI itu dan sekiranya harga itu naik, ia akan menyukarkan pihaknya.

“Saya pun terpaksa beli BPI yang mahal ini kerana BPT tak ada. Harap dengan penurunan ini juga, BPT akan kembali ada di pasaran.

“Kita pun kalau boleh nak beli beras yang murah,” katanya yang tinggal di Kampung Baru.

BHonline-

Tags: Beras Putih Importharga
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Bitcoin Capai Paras Tertinggi Dalam Sejarah

Harga Bitcoin Capai Paras Tertinggi Dalam Sejarah

20/01/2025
0

MOSCOW: Harga Bitcoin sekali lagi mencapai paras tertinggi harian bersejarah, melepasi AS$109,000, menurut data dagangan pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti....

Rakyat Indonesia Bantah Keputusan Pilihan Raya, Dakwa Ada Penipuan

Harga Jualan Beras Putih Import Diturunkan Antara RM2-RM3 Bermula Esok

19/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan menerusi Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) bersetuju supaya harga jualan runcit beras putih import (BPI)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd