• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DUN Perak Lulus Belanjawan 2025

oleh Mohd Arshad
05/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
DUN Perak Lulus Belanjawan 2025
Share on FacebookShare on Twitter

Ipoh: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan Perak 2025 berjumlah RM1.52 bilion iaitu jumlah terbesar pernah dibentangkan dalam sejarah negeri ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Belanjawan Perak 2025 dengan tema ‘Perak Makmur, Rakyat Sejahtera’ itu dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, 29 November lalu dan meningkat RM170 juta.

Peruntukan Belanjawan Perak 2025 meliputi perbelanjaan mengurus sebanyak RM981.8 juta dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM538 juta.

Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid mengumkan belanjawan itu diluluskan pada bacaan kali kedua dan ketiga selepas undian secara suara oleh 58 ADUN yang hadir pada persidangan hari ini, tanpa pindaan.

Sementara itu, Saarani (BN-Kota Tampan) ketika menggulung perbahasan turut menyentuh mengenai Bantuan Khas Kewangan (BKK) dua bulan kepada semua 59 pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak yang digantikan dengan BKK kepada ADUN.

“Maaf, kali ini saya tak dapat berikan BKK kepada ADUN, namun sebagai gantinya saya bersetuju menyalurkan BKK kepada pusat khidmat DUN dua bulan elaun membabitkan jumlah RM14,000 setiap satu masing-masing,” katanya.

Saarani, pada Jumaat lalu mengumumkan BKK dua bulan gaji kepada semua penjawat awam negeri ini.

Dalam pada itu, persidangan sama turut menyaksikan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat, Datuk Shamsuddin Abd Ghaffar, 75, sekali lagi dipilih sebagai sebagai Ahli Dewan Negara bagi Negeri Perak untuk tempoh tiga tahun.

Selain itu, DUN Perak turut menetapkan ADUN Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri selepas beliau didakwa membuat kenyataan berunsur fitnah.

HarianMetro-

Tags: Belanjawan 2025DUN Perak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemandu Lori Mabuk Rempuh Tiga Kenderaan Parkir Ditahan

Next Post

Suami Isteri Mengaku Bersalah Miliki Bahan Berkaitan Kumpulan Daesh

Related Posts

Belanjawan 2025: RM8 Bilion Selenggara Jalan Persekutuan, Negeri Bagi Kurangkan Kemalangan

Belanjawan 2025: RM8 Bilion Selenggara Jalan Persekutuan, Negeri Bagi Kurangkan Kemalangan

18/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Lebih RM8 bilion disalurkan untuk menyelenggara jalan bagi mengurangkan kes kemalangan akibat keadaan laluan yang tidak selamat,...

Anggaran Belanjawan 2025 Tertinggi Pernah Diumumkan – PM

Anggaran Belanjawan 2025 Tertinggi Pernah Diumumkan – PM

18/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Anggaran Belanjawan 2025 adalah yang tertinggi pernah diumumkan iaitu RM421 bilion meliputi RM335 bilion belanja mengurus, RM86...

Next Post
Suami Isteri Mengaku Bersalah Miliki Bahan Berkaitan Kumpulan Daesh

Suami Isteri Mengaku Bersalah Miliki Bahan Berkaitan Kumpulan Daesh

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd