• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Arahan Saya Tangkap Semua’ – Ketua Polis KL

oleh Mohd Arshad
28/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Arahan Saya Tangkap Semua’ – Ketua Polis KL
Share on FacebookShare on Twitter

JEMPOL – Polis mengesahkan akan ada tangkapan lagi membabitkan pergaduhan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, setakat ini pihaknya sudah menahan lapan individu susulan kes tersebut berdasarkan video tular dan pengecaman individu terlibat.

Menurutnya, peringkat pertama pihak polis telah menahan dua orang manakala peringkat kedua enam orang, yang mana siasatan ini banyak bergantung kepada pengecaman orang dan gambar.

“Kita sekarang dalam proses untuk melengkapkan siasatan dan ada lagi beberapa orang akan cuba dikesan, kita ada rakaman yang jelas, Insya-ALLAH akan buat tangkapan.

“Jika ada gambar yang tidak dapat dicam kita akan buat siaran akhbar untuk meminta bantuan orang ramai mengesannya.

“Arahan saya tangkap semua, siapa ada dalam insiden itu dan yang mencetuskan (pergaduhan) tangkap semua. Kes ini tidak sepatutnya berlaku di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel Sokongan Lelaki/Wanita Siri 1/2024 di Pusat Latihan Polis Air Hitam (Pulapol) di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dan Komandan Pulapol Air Hitam, Asisten Komisioner (ACP) Haslah Bachok.

Pada 21 Disember lalu, polis mengesan satu video tular memaparkan kejadian pergaduhan tersebut di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan, laluan Ampang-Sri Petaling.

Insiden itu melibatkan antara 20 hingga 30 orang yang bertindak agresif dengan bertumbuk, membaling tong sampah serta menendang pintu tren hingga mengakibatkan kerosakan yang menyebabkan pihak Prasarana Malaysia Berhad membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Dalam pada itu, pihaknya akan meningkatkan kawalan keselamatan di sekitar kawasan KLCC, Bukit Bintang, Dataran Merdeka dan lain-lain tempat lagi bersempena dengan sambutan Tahun Baharu 2025.

“Persediaan ini sudah dibuat sebelum sambutan perayaan Krismas. Sudah tentu ramai yang akan datang ke ibu negara semperna Tahun Baharu 2025 mungkin sesak jadi kita minta orang ramai untuk mematuhi peraturan sedia ada,” katanya.

SinarHarian-

Tags: Datuk Rusdi Mohd IsaLRTpergaduhan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tahanan Rumah: Najib Perlu Kemuka Permohonan Baharu

Next Post

Kes Hannah Yeoh, Tujuh Laporan Polis Diterima

Related Posts

Polis Bantuan Prasarana Leraikan Pergaduhan Penyokong Bola

Polis Bantuan Prasarana Leraikan Pergaduhan Penyokong Bola

21/12/2024
0

SHAH ALAM - Pasukan polis bantuan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) meleraikan pergaduhan melibatkan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen...

Solidariti Palestin: Orang Ramai Digalak Guna LRT

Solidariti Palestin: Orang Ramai Digalak Guna LRT

04/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Orang ramai yang hendak menghadiri Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena Bukit Jalil malam ini, digalakkan menggunakan...

Next Post
Kes Hannah Yeoh, Tujuh Laporan Polis Diterima

Kes Hannah Yeoh, Tujuh Laporan Polis Diterima

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd