• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Lelaki Didakwa Culik, Tuntut Wang Tebusan RM20 Juta

oleh Mohd Arshad
04/11/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Tiga Lelaki Didakwa Culik, Tuntut Wang Tebusan RM20 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang ahli perniagaan dan dua lelaki warganegara Vietnam didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Isnin atas tuduhan menculik dan menuntut wang tebusan berjumlah RM20 juta, bulan lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Chong Shih Ming, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim, Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada dua warga Vietnam, Luong Van Tung, 39, dan Tran Van Chung, 29, kerana tidak memahami pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Melayu terhadap mereka.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kesemua mereka bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa meneruskan niat bersama untuk menculik seorang lelaki berusia 59 tahun dengan tujuan menuntut wang tebusan sebanyak RM20 juta di Jalan Straits View di sini, sekitar jam 5 pagi, 13 Oktober lalu.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1960 (Akta 365) dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 40 tahun dan dengan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, S Thiviya tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan kes dihadapi tertuduh adalah tidak boleh dijamin.

Bagaimanapun, beliau mencadangkan jumlah jaminan yang tinggi iaitu RM30,000 sekiranya mahkamah ingin mempertimbangkan untuk membenarkan ikat jamin dan disertakan dengan tiga syarat tambahan.

Bagi Luong dan Tran yang tidak diwakili peguam, pendakwaan memohon untuk memanggil jurubahasa Vietnam bagi membolehkan pertuduhan dibacakan kepada tertuduh dan pengakuan direkodkan.

Pada masa sama, peguam K Veeranesh yang mewakili Shih Ming memohon mahkamah membenarkan anak guamnya dijamin dengan jumlah yang minimum.

Tertuduh seorang peniaga memperoleh pendapatan antara RM5,000 hingga RM6,000 setiap bulan dikatakan sudah bercerai dan menanggung ibu bapanya yang sudah berusia.

Sebelum membuat keputusan berkaitan jaminan, Che Wan Zaidi memohon butiran mengenai tangkapan tertuduh sebelum Thiviya memaklumkan lelaki itu ditahan atas maklumat dan risikan polis.

Mahkamah kemudiannya membenarkan Shih Ming diikat jamin sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali, pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah dan dilarang mengganggu saksi dan mangsa.

Bagi Luong dan Tran, mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan sehingga 17 November ini bagi membolehkan pertuduhan dibacakan semula oleh jurubahasa Vietnam.

Mahkamah turut menetapkan tarikh sama untuk sebutan semula kes Shih Ming, bagi serahan dokumen.

Pada prosiding itu, peguam Fairoz Elyas Majeed dan Ng Kian Pin bertindak sebagai peguam pemerhati.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret di sini, seorang wanita warga Vietnam didakwa melupuskan kenderaan iaitu Honda Accord 2.4L dengan niat hendak mengelakkan Shih Ming daripada hukuman undang-undang.

Nguyen Ngoc Ngan, 36, didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Keembong 39, Taman Johor Jaya di sini, pukul 3.30 petang, 24 Oktober lalu dan dia didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Tertuduh bagaimanapun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret A Sharmini.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Afiqah Musa tidak menawarkan sebarang jaminan walaupun seksyen berkenaan adalah boleh dijamin, atas alasan kes tertuduh itu berkait dengan kes dihadapi Chong di bawah Akta Penculikan 1960.

Peguam Goh Sze Han yang mewakili tertuduh memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya telah berkahwin dengan warga tempatan dan mempunyai dua anak warga tempatan berusia 12 dan 14 tahun.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 November ini untuk sebutan semula kes.

-Sinar Harian

Tags: culikmahkamah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengawal Pengiring Didenda RM1,000 Tumbuk Pemandu E-hailing OKU

Next Post

Kelantan Serah Sepenuhnya Kepada Pihak Berkuasa Thailand Kes 6 Rakyat Malaysia Ditahan Di Sungai Golok

Related Posts

Culik Pemilik Kedai Emas, Polis Buru 4 Suspek

Culik Pemilik Kedai Emas, Polis Buru 4 Suspek

28/05/2025
0

KOTA BHARU: Polis masih memburu empat suspek dipercayai terbabit dalam kes culik pemilik kedai emas di Tumpat pada 20 Mei...

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua warga China yang juga pelajar sebuah universiti di Singapura hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini,...

Next Post
Kelantan Serah Sepenuhnya Kepada Pihak Berkuasa Thailand Kes 6 Rakyat Malaysia Ditahan Di Sungai Golok

Kelantan Serah Sepenuhnya Kepada Pihak Berkuasa Thailand Kes 6 Rakyat Malaysia Ditahan Di Sungai Golok

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd