• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan Kes Kematian Teoh Beng Hock: Bukit Aman Akan Dapatkan Nasihat AGC – KPN

oleh Mohd Arshad
22/11/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Siasatan Kes Kematian Teoh Beng Hock: Bukit Aman Akan Dapatkan Nasihat AGC – KPN
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Bukit Aman akan mendapatkan nasihat Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung perintah Mahkamah Tinggi semalam supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) melengkapkan siasatan kes kematian Teoh Beng Hock dalam masa enam bulan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata pihaknya akan merujuk semula kertas siasatan berkait kes itu untuk mendapatkan pandangan lanjut AGC mengenai tindakan seterusnya.

Beliau berkata, PDRM akan menggunakan saksi sedia ada daripada siasatan terdahulu kerana tiada pertambahan saksi lain yang boleh membantu siasatan buat masa ini.

“Kita juga cuba untuk mendapatkan keterangan-keterangan baharu, sekiranya ada saksi-saksi yang boleh tampil ke hadapan memberi keterangan baharu, yang boleh tambah nilai kepada siasatan itu.

“Siasatan itu sebelum ini telah pun pihak PDRM jalankan dan merujuk kepada pihak AGC dan (kertas siasatan) ‘berpatah balik’.

“Buat masa sekarang, kita akan mendapatkan juga nasihat daripada pejabat AGC untuk merujuk semula kertas siasatan ini dan melihat keterangan-keterangan yang ada, apa yang perlu kita lengkapkan, insya-Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Inspektor Pelatih, Sarjan Pelatih dan Konstabel Pelatih Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, Segamat, Dungun dan Bukit Sentosa Tahun 2024, di Dataran Kawad PULAPOL Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Mengulas lanjut, Razarudin berkata, sebuah pasukan siasatan kes kematian Beng Hock juga sudah ditubuhkan sebelum ini bawah Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) dengan diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

“Siasatan itu kita jalankan seperti arahan yang diberikan dan Pengarah JSJ sebelum ini sudah melihat kes Beng Hock ini,” katanya.

Ditanya mengenai masa enam bulan diberikan Mahkamah Tinggi untuk PDRM melengkapkan siasatan kes berkenaan, Razarudin optimis bahawa tempoh itu lebih daripada mencukupi.

“Memang kita boleh capai sebenarnya. Siasatan kita pada mulanya memang kita sudah lengkapkan sepenuhnya.

“Sudah 15 tahun siasatan kes ini berjalan dan kertas siasatan ini sudah turun naik, turun naik pejabat AGC… kita ambil tindakan dan kemudian ada arahan terbaharu.

“Kali ini, ada arahan terbaru daripada Mahkamah Tinggi, maka kita patuh. Namun, perbincangan mengenai keterangan-keterangan yang ada pada pihak AGC itu sangat penting untuk pihak kita teruskan lagi siasatan,” katanya.

Semalam, Mahkamah Tinggi memerintahkan PDRM melengkapkan siasatan berhubung kematian Beng Hock dalam masa enam bulan.

Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membuat perintah itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh ibu bapa mendiang.

Wan Ahmad Farid dalam keputusannya berkata, tuntutan dan relif yang dimohon oleh ibu bapa mendiang, dari segi intipatinya adalah dalam domain undang-undang awam.

Beng Hock ditemui mati di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 bangunan sama.

-Berita Harian

Tags: AGCKes Teoh Beng HockKPN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pegawai Unit VAT 69 Komando, Inspektor Khairil Azhar...

Keputusan Mohon DNAA Ahmad Zahid Dibuat Selaras Peruntukan Undang-undang – AGC

Keputusan Mohon DNAA Ahmad Zahid Dibuat Selaras Peruntukan Undang-undang – AGC

22/12/2025
0

Kuala Lumpur: Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menegaskan bahawa keputusan untuk memohon melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd