• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penambahbaikan SST Dijangka Jana Hasil RM51.7 Bilion Pada 2025 – Amir Hamzah

oleh Mohd Arshad
12/11/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Penambahbaikan SST Dijangka Jana Hasil RM51.7 Bilion Pada 2025 – Amir Hamzah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penambahbaikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan berkuatkuasa mulai 1 Mei, 2025, dianggar menjana hasil sebanyak RM51.7 billion pada 2025, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau berkata, unjuran itu menunjukkan peningkatan jangkaan sebanyak RM5 billion daripada unjuran kutipan SST semasa sebanyak RM46.7 billion.

“Daripada jangkaan tambahan RM5 bilion tersebut, RM2.2 bilion adalah daripada kutipan cukai jualan, manakala RM2.8 bilion daripada kutipan cukai perkhidmatan.

“Tambahan hasil ini memadai untuk menampung keperluan kerajaan sekarang dan dalam masa yang sama tidak membebankan rakyat berpendapatan rendah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat dasar bagi kementerian itu, di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Amir Hamzah berkata, skop cukai perkhidmatan pula akan diperluas bagi meliputi pembekalan perkhidmatan komersial antara perniagaan atau perniagaan-ke-perniagaan (B2B) yang pada masa ini tidak dikenakan cukai.

Katanya, peluasan SST adalah lebih progresif kerana struktur dan kaedah peluasan SST mengambil kira kemampuan ekonomi rakyat serta kesan terhadap golongan berpendapatan rendah.

“Peluasan SST memberi fokus kepada kenaan cukai ke atas barang dan perkhidmatan tertentu supaya makanan dan perkhidmatan asas yang tidak tertakluk kepada kenaan SST.

“Oleh itu, ia tidak memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah yang bergantung kepada barang dan perkhidmatan asas,” katanya.

Menurutnya, peluasan skop kenaan cukai dan semakan semula kadar SST dengan pendekatan secara progresif ini sejajar dengan pengukuhan kedudukan fiskal.

“Sebahagian hasil cukai tambahan daripada langkah penambahbaikan SST akan dimanfaat untuk menambah baik bantuan tunai kepada rakyat terbanyak serta meningkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan dan kesihatan,” katanya. 

-Bernama

Tags: SST
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Saksi Cam Tertuduh Langgar Zaharif

Next Post

Kementerian Kewangan Sedang Perinci Penggunaan MyKad, E-dompet Bagi Pembelian RON95

Related Posts

Tangguh Kenaikan SST Sehingga Ekonomi Pulih

Tangguh Kenaikan SST Sehingga Ekonomi Pulih

08/03/2024
0

IPOH - Kerajaan disarankan untuk menangguhkan kadar baharu cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 8 peratus berikutan kejatuhan nilai ringgit ketika...

Harga Beras SST Sedang Diselaraskan

Harga Beras SST Sedang Diselaraskan

28/08/2023
0

MUAR : Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sedang menyelaraskan harga beras Super Spesial Tempatan (SST) bagi memastikan tiada kenaikan harga...

Next Post
Kementerian Kewangan Sedang Perinci Penggunaan MyKad, E-dompet Bagi Pembelian RON95

Kementerian Kewangan Sedang Perinci Penggunaan MyKad, E-dompet Bagi Pembelian RON95

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd