• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lima Ditahan, Anjur Pesta Dadah

oleh Mohd Arshad
22/11/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Lima Ditahan, Anjur Pesta Dadah
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru : Lima individu termasuk wanita warga Thailand ditahan dalam pesta persendirian di sebuah kondominium di bandaraya ini, semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, operasi jam 12.30 tengah malam itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik JBS.

Katanya, semua suspek yang terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita berusia 17 hingga 32 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

“Dalam serbuan itu, polis merampas dadah disyaki serbuk ekstasi, syabu dan ketamin.

“Hasil siasatan awal mendapati dadah dimiliki oleh semua suspek bagi tujuan berhibur di lokasi itu.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati empat suspek positif syabu dan seorang suspek negatif dari sebarang dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raub berkata, pihaknya merampas 109.55 gram serbuk ektasi, syabu (4.2 gram), ketamin (0.55 gram) dan pil eramin 5 (0.30 gram).

Katanya, wang tunai sebanyak RM4,550 serta beberapa mata wang asing, empat utas rantai emas dan sebuah Toyota Vios turut dirampas.

“Dadah yang dijumpai adalah untuk kegunaan peribadi yang diperolehi daripada seorang individu yang dikenali melalui aplikasi sembang.

“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengenalpasti individu itu.

“Semua suspek direman lima hari sehingga 25 November depan untuk membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

-Harian Metro

Tags: Pesta Dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd