• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Larangan Sementara Soket Tiga Pin, USB Dalam Bas – Loke

oleh Mohd Arshad
20/11/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Larangan Sementara Soket Tiga Pin, USB Dalam Bas – Loke
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) tidak membenarkan penggunaan soket elektrik tiga pin, termasuk pengecas mudah alih USB dalam bas oleh orang ramai susulan laporan awal yang mendapati pendawaian tidak teratur pada perkakas itu punca seorang remaja maut direnjat elektrik.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mendedahkan yang remaja maut direnjat elektrik ketika mengecas telefon menggunakan pengecas USB dalam bas dinaikinya.

Justeru, beliau berkata, tindakan segera diambil dengan mengeluarkan surat pemakluman kepada semua pengendali bas pada 6 November lalu untuk menghentikan penggunaan semua soket terbabit dalam bas dengan serta-merta.

“Kita pun kena lihat juga sebab takut dari segi pendawaian, bukan pada soket atau USB. Mangsa (renjatan yang maut) menggunakan USB. Dia (mangsa) bukan guna (soket) tiga pin, tetapi USB dipasang bersama dengan (soket) tiga pin.

“Jadi sementara ini kita larang semua dulu sehingga pemeriksaan terhadap piawaian dalam bas dilakukan.

“Arahan ini berkuat kuasa sehingga polisi dan garis panduan pendawaian tambahan yang baharu dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT),” katanya pada sidang media di Dewan Rakyat hari ini.

Bagi syarikat pengendali bas yang mahu menggunakan soket atau USB, Loke berkata, selepas ini mereka perlu membuat pemeriksaan pendawaian dan diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).

Untuk proses pelesenan pula, beliau berkata, APAD juga mewajibkan syarikat pengendali bas baharu dan sedia ada mengemukakan keputusan laporan atau sijil.

“Mereka hendaklah menjalani pemeriksaan pendawaian tambahan oleh badan pemeriksaan dan pengujian yang diakreditasi oleh Jabatan Standard Malaysia.

“Ia membabitkan sistem pendawaian dan kelengkapan elektrik tambahan seperti kabel, soket alur keluar, peranti arus baki dan lain-lain yang digunakan oleh semua kenderaan perdagangan mempunyai pensijilan standard piawaian yang diiktiraf oleh badan pemeriksaan dan pengujian yang telah diakreditasi oleh Jabatan Standard Malaysia,” katanya.

BHonline-

Tags: APADbaslarangan sementara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pendawaian Tidak Teratur Antara Punca Insiden Renjatan Elektrik Dalam Bas

Next Post

‘Budak Sekolah’ Langgar Polis Dikenakan Bon Berkelakuan Baik

Related Posts

Bas Bawa 20 Pelancong China Rempuh Treler, Pemandu Parah

Bas Bawa 20 Pelancong China Rempuh Treler, Pemandu Parah

22/03/2025
0

Nilai: Bas yang membawa 20 pelancong warga China terbabit kemalangan dekat Kilometer 43, Lebuhraya Utara- Selatan Hubungan Tengah (Elitte), di...

Pendawaian Tidak Teratur Antara Punca Insiden Renjatan Elektrik Dalam Bas

Pendawaian Tidak Teratur Antara Punca Insiden Renjatan Elektrik Dalam Bas

20/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Pendawaian elektrik pada bas yang tidak teratur dan dilakukan oleh pihak tidak mendapat tauliah daripada Suruhanjaya Tenaga...

Next Post
‘Budak Sekolah’ Langgar Polis Dikenakan Bon Berkelakuan Baik

'Budak Sekolah' Langgar Polis Dikenakan Bon Berkelakuan Baik

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd