• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JKR Aktifkan Bilik Gerakan Bencana, Aplikasi Sistem eBencana Hadapi MTL

oleh Mohd Arshad
11/11/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
JKR Aktifkan Bilik Gerakan Bencana, Aplikasi Sistem eBencana Hadapi MTL
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana (BiGBen) dan aplikasi mudah alih Sistem eBencana JKR yang dinaik taraf, sebagai langkah mempertingkatkan kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri berkenaan, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pengoperasian BiGBen dan Sistem eBencana JKR secara bersepadu itu bukan sahaja bagi kegunaan orang awam, malah turut berupaya menjadi sumber rujukan kepada semua pihak berkepentingan terutama kepada agensi yang terlibat untuk tindakan penyelarasan dan pengurusan bencana negara yang lebih cekap.

Beliau berkata, BiGBen berfungsi sebagai pusat sehenti maklumat bencana, seperti banjir, cerun runtuh, jalan runtuh, jalan mendap dan jambatan rosak atau runtuh, melibatkan aset seliaan JKR di sepanjang jalan negeri dan jalan Persekutuan.

“Antara manfaat utama ialah perkongsian maklumat berkenaan penutupan jalan serta informasi laluan alternatif untuk membolehkan pengguna jalan raya merancang perjalanan semasa musim terbabit.

“Pengoperasian BiGBen dikategorikan dalam tiga peringkat bergantung pada situasi semasa bencana, iaitu peringkat Sistem Amaran Awal, Pusat Komunikasi Bersepadu dan Pusat Tindakan Cepat,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Nanta berkata, BiGBen yang diterajui oleh Sekretariat Bilik Gerakan Bencana JKR terdiri daripada warga kerja JKR di Ibu Pejabat JKR di ibu negara dengan kolaborasi JKR negeri dan daerah yang berperanan mengemas kini maklumat bencana menerusi Laman Rasmi Pengurusan Bencana.

Beliau berkata, aplikasi Sistem eBencana JKR pula merupakan sebuah platform bersepadu yang mengintegrasikan data di Laman Pengurusan Bencana untuk diakses terus ke telefon bimbit dan boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store dan Google Play.

Bagi pengguna yang perlu menggunakan jalan raya semasa MTL, Nanta berkata mereka boleh merancang perjalanan melalui semakan status laluan jalan raya menerusi Laman Pengurusan Bencana JKR Malaysia (bencana.jkr.gov.my), aplikasi eBencana JKR, Facebook BIGBEN – Bilik Gerakan Bencana JKR Malaysia dan akaun X Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (https://x.com/@CSFJ_JKR).

Bernama-

Tags: bilik gerakan bencanaJKRmonsun timur laut
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hujan Lebat Berterusan Hingga Sabtu – MetMalaysia

Hujan Lebat Berterusan Hingga Sabtu – MetMalaysia

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Amaran hujan berterusan di seluruh Semenanjung dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang dijangka berlaku hingga Sabtu ini. Menerusi...

Semua Jentera Kerajaan Diaktifkan Hadapi Monsun Timur Laut

Semua Jentera Kerajaan Diaktifkan Hadapi Monsun Timur Laut

14/11/2025
0

PUTRAJAYA: Kerajaan mengaktifkan semua jentera dan agensi berkaitan, termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), bagi membuat penyelarasan dan kesiapsiagaan menghadapi Monsun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd