• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteri Tun Daim Mahu Kes Diteruskan

oleh Mohd Arshad
19/11/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Isteri Tun Daim Mahu Kes Diteruskan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Toh Puan Na’imah Abdul Khalid mahu pendakwaan kes gagal mengisytiharkan harta membabitkan suaminya, Allahyarham Tun Dr Daim Zainuddin di Mahkamah Sesyen di sini, diteruskan demi membersihkan nama bekas Menteri Kewangan itu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menerusi satu kenyataan media, Na’imah, 67, berkata, sudah menjadi hasrat arwah suaminya supaya perbicaraan diteruskan sehingga tamat walaupun selepas pemergiannya.

Susulan itu beliau berkata, tiada keperluan bagi Peguam Negara (AG) atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu menyemak atau menamatkan pendakwaan terhadap Daim.

“Daim sentiasa ternanti-nanti kesnya di mahkamah kerana yakin beliau akan dibuktikan tidak bersalah.

“Sejak awal siasatan SPRM, lebih setahun lalu, kami secara konsisten mengatakan pertuduhan ini remeh, berniat jahat dan bermotifkan politik.

“Jelas daripada fakta bahawa, pihak terbabit yang mencetuskan siasatan mampu menyatakan, jenis kesalahan yang kononnya dilakukan oleh Daim,” katanya yang merujuk kepada kenyataan AG dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, selepas pemergian ahli perniagaan itu pada 13 November lalu.

Beliau berkata, bukan sahaja tiada keperluan untuk AG atau Ketua SPRM menyemak semula atau menarik balik pendakwaan terhadap tokoh korporat itu, malah pihak Daim juga tidak mahu membuat permohonan supaya kes berkenaan dihentikan.

Menurutnya, pihak Allahyarham tidak akan membenarkan individu terbabit berselindung di sebalik kematian Tun Daim semata-mata mahu mengelak daripada mengambil tanggungjawab di atas fitnah yang dilontarkannya berulang-ulang, secara terbuka.

Katanya, pembebasan bekas pemimpin UMNO itu kelak, akan membuktikan pengkhianatan dan pembohongan pihak berkenaan.

“Saya telah mengarahkan peguam saya untuk menulis kepada AG, berhubung keputusan kami ini.

“Peguam akan memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen, bahawa perbicaraan perlu diteruskan yang mana pengurusan kes ditetapkan pada Rabu,” katanya.

Pada 13 November lalu, Sinar Harian melaporkan Allahyarham Tun Daim meninggal dunia di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor pada usia 86 tahun.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) akan memutuskan tindakan seterusnya berhubung kes yang dihadapi Tun Daim.

-Sinar Harian

Tags: Tun Daim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Na’imah Dibenarkan Jadi Pencelah Permohonan SPRM Halang Urus Aset Luar Negara

Na’imah Dibenarkan Jadi Pencelah Permohonan SPRM Halang Urus Aset Luar Negara

13/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Isteri Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid, hari ini dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi untuk menjadi...

6 Negara Siasat Aset Milik Tun Daim

6 Negara Siasat Aset Milik Tun Daim

01/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa di enam negara akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan harta dan aset...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd