• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beruang Berguling Kesakitan Selepas Dilanggar Di LPT2

oleh Mohd Arshad
04/11/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Beruang Berguling Kesakitan Selepas Dilanggar Di LPT2
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Seekor beruang berguling kesakitan di atas jalan dipercayai selepas dilanggar dalam kejadian di Kilometer (km) 422, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Insiden tersebut dikongsi pengguna media sosial dikenali sebagai Khairul Nizam menerusi rakaman video berdurasi 59 saat di laman Facebooknya pada Isnin.

Menurutnya, dia merupakan antara individu terawal yang melalui kawasan itu serta sempat merakam keadaan beruang tersebut selepas dilanggar dalam kejadian yang berlaku pada Ahad.

Katanya, kesemua kenderaan terpaksa berhenti secara mengejut bagi mengelak daripada merempuh haiwan terbabit.

“Dari jauh, ingatkan ada ‘rider’ kena langgar sebab saiz dia besar, sama besar dengan manusia. Dah dekat baru perasan beruang. Dia cuba nak bangun, tapi tak dapat, mungkin patah ke apa.

“Lepas tu, terus ‘call’ LPT 2 untuk hantar peronda,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Menurut Khairul Nizam, dia berharap agar insiden menimpa beruang itu mendapat perhatian Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu.

“Kasihan beruang tu, harap pihak Perhilitan dapat rawat,”tulisnya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, enam kakitangan jabatan itu telah ke lokasi kejadian sekitar jam 1.30 tengah hari pada Ahad.

Bagaimanapun, katanya, beruang tersebut sudah tiada di lokasi terbabit.

“Semalam ada kakitangan kita pergi ke situ tetapi beruang itu sudah tidak kelihatan.

“Kita harap orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan haiwan itu segera lapor kepada pihak Perhilitan,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: BERUANGLPT2
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Serangan Beruang Di Hangzhou Safari Park:

Serangan Beruang Di Hangzhou Safari Park:

08/12/2025
0

Penjaga Selamat, Punca Didakwa Berkait 'Food Drive’ HANGZHOU – Rakaman video selama 46 saat yang tular di media sosial memaparkan...

LPT 2 Mula Sesak Dengan Perantau Pulang Beraya

LPT 2 Mula Sesak Dengan Perantau Pulang Beraya

20/04/2023
0

KUALA NERUS – Aliran trafik di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) mulai sesak dengan kenderaan mulai hari ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd