• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Subsidi Diesel: Armizan Sahkan Antara Disaman Termasuk PM, Kerajaan Persekutuan

oleh Mohd Arshad
12/10/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Subsidi Diesel: Armizan Sahkan Antara Disaman Termasuk PM, Kerajaan Persekutuan
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Menteri Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali mengesahkan menerima writ saman daripada dua individu berkaitan penarikan subsidi diesel di Semenanjung dan pengecualian subsidi itu terhadap Sabah dan Sarawak.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ahli Parlimen Papar itu berkata, tuntutan saman itu juga turut diberikan kepada empat pihak yang lain termasuk kerajaan Persekutuan.

“Saya menerima surat saman itu kira-kira tiga minggu lepas dan kita akan panjangkan, akan bincang dengan Jabatan Peguam Negara untuk tindakan yang selanjutnya.

“Yang disaman adalah Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan, Menteri KPDN, Menteri Pengangkutan dan Menteri Ekonomi serta kerajaan Persekutuan.

“Asas saman itu adalah kerana kita dianggap tidak adil, kita dianggap diskriminasi kerana tidak melaksanakan penyasaran semula subsidi diesel itu di seluruh negara secara serentak,” katanya kepada pemberita ketika melakukan tinjauan persiapan penganjuran Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah di pekarangan Kompleks Sukan Likas, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tular kenyataan beliau dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar antara individu yang disaman.

Bagaimanapun, Armizan berkata, itu hak mereka untuk membawanya ke mahkamah namun ia adalah polisi kerajaan yang diputuskan bersandarkan fakta.

“Faktanya, kita laksanakan di Semenanjung Malaysia, belum lagi di Sabah dan Sarawak kerana kita ingin melihat dulu perlaksanaan di Semenanjung Malaysia.

“Yang kedua, kita melihat Sabah dan Sarawak ini penggunaan kenderaan bahan api diesel ini sebahagian besarnya bukanlah disebabkan oleh kehendak mahu guna, tetapi kerana keperluan.

“Sebabnya, keadaan infrastruktur jalan raya dan geografi kita yang menuntut orang di Sabah dan Sarawak perlu untuk menggunakan kenderaan bahan api diesel dan yang paling penting juga yang orang tidak faham ini mungkin adalah curang harga barang dan perkhidmatan yang cukup jauh di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.

“Jadi ini mereka kena faham kerana harga ayam, daging, perkhidmatan berbeza walaupun sebenarnya gaji kalau kerja dalam sektor awam sama, tapi kita terbeban di Sabah dan Sarawak ini dengan jurang harga yang tinggi berbanding Semenanjung, jadi kita harap bahawa mereka memahami,” katanya.

Beliau turut menolak pelaksanaan penyasaran subsidi itu adalah sebagai tindakan diskriminasi terhadap pihak tertentu.

“Namun apapun kita akan jawab kerana ia bukanlah diasaskan kepada tindakan diskriminasi, jauh sekali. Kerajaan ini dibina oleh ahli-ahli Parlimen dari seluruh negara, malah Perdana Menteri pun daripada Semenanjung Malaysia.

“Tidak ada hasrat beliau untuk mendiskriminasikan orang-orang di kawasan Parlimen beliau sendiri dan yang paling penting adalah ia dilaksanakan kerana melihat keadaan yang unik berlaku di Sabah, Sarawak dan juga di Wilayah Persekutuan,” katanya.

Bagaimanapun, ketika ditanya berapa nilai tuntutan saman tersebut, Armizan memaklumkan tidak mengingati nilainya tetapi mengakui ia melibatkan nilai jutaan ringgit.

SinarHarian-

Tags: Disamankerajaan persekutuanSubsidi Diesel
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Persekutuan Tidak Halang Pelaburan Masuk Ke Kedah

Kerajaan Persekutuan Tidak Halang Pelaburan Masuk Ke Kedah

13/07/2024
1

SUNGAI PETANI : Status Kedah sebagai negeri pembangkang tidak pernah menghalang Kerajaan Persekutuan memilihnya sebagai antara lokasi pelaburan utama, di...

Kerajaan Persekutuan Lulus Peruntukan RM2.7 Juta Parlimen Muar – Fadillah

Kerajaan Persekutuan Lulus Peruntukan RM2.7 Juta Parlimen Muar – Fadillah

04/06/2024
4

KUALA LUMPUR : Kerajaan Persekutuan sudah meluluskan peruntukan RM2.7 juta bagi pelaksanaan 60 projek atau program untuk kawasan Parlimen Muar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd