• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja 14 Tahun Maut, Empat Cedera Terkena Renjatan Elektrik

oleh Mohd Arshad
31/10/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Remaja 14 Tahun Maut, Empat Cedera Terkena Renjatan Elektrik
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Nerang: Seorang remaja lelaki meninggal dunia manakala empat rakannya masing-masing melecur di kaki, badan dan muka selepas terkena renjatan elektrik di kawasan bendang, Kampung Tanjung Putus, di sini, petang semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam kejadian itu, Muhammad Hariyz Akief Noraimi, 14, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Syed Ahmad, disahkan meninggal dunia manakala empat rakannya yang berusia 15, 16 dan 19 tahun dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan.

Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Padang Terap Asisten Superintendan Mohd Yukhrul Mohd Yusoff berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 6.30 petang semalam, ketika mangsa bersama empat rakannya pergi ke kawasan itu untuk mengambil umpan pancing tiruan yang tersangkut di kabel elektrik.

Beliau berkata, seorang daripada rakan mangsa berusia 15 tahun itu naik di atas tempat duduk motosikal dan menggunakan sebatang galah aluminium sebelum cuba mengait umpan tiruan itu.

“Mangsa bersama rakan-rakannya yang lain memegang motosikal supaya tidak terjatuh.

“Ketika cuba mengait umpan tiruan itu, tiba-tiba kelima-limanya terkena renjatan elektrik menyebabkan mereka pengsan.

“Keempat-empat rakan-rakannya sedar kembali manakala mangsa masih tidak sedarkan diri,” katanya dihubungi, hari ini.

Mohd Yukhrul berkata, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Nerang oleh penduduk kampung dan setibanya di hospital, pegawai perubatan mengesahkan kematian mangsa.

Beliau berkata, mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.

Difahamkan, empat rakan mangsa kemudian dipindahkan ke HSB untuk rawatan lanjut.

HarianMetro-

Tags: mautremajarenjatan elektrik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki disahkan maut dalam insiden letupan kompresor penyaman udara di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, pagi...

Seorang Anggota Tentera Maut, Empat Cedera Nahas Trak ATM

Seorang Anggota Tentera Maut, Empat Cedera Nahas Trak ATM

11/12/2025
0

Machang: Seorang anggota tentera maut manakala empat yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah trak milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd