• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Prank’ Sambut Hari Jadi Minggu Orientasi, Fasilitator Mohon Maaf

oleh Mohd Arshad
04/10/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Prank’ Sambut Hari Jadi Minggu Orientasi, Fasilitator Mohon Maaf
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Fasilitator Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Johor yang tular baru-baru ini kerana membuat ‘prank’ ketika Minggu Destini Siswa (MDS) tampil membuat permohonan maaf.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurut seorang fasilitator dikenali sebagai Aiman yang mewakili rakan-rakan pimpinannya yang lain, mereka mengakui kesilapan yang dilakukan selain mengakui apa yang mereka lakukan pada hari orientasi tersebut adalah tidak sesuai.

Menerusi beberapa hantaran di TikTok, seorang pemilik akaun dikenali ms.ezad25 telah memuat naik video permohonan maaf daripada salah seorang fasilitator pada hari orientasi tersebut sebagai wakil.

“Saya mengakui kesilapan saya. Pertama sekali, mungkin kandungan yang saya buat tu tak berapa sesuai.

“Apa-apapun, saya kena mengakulah. Memang itu kesalahan yang kita tak boleh nafikan,” katanya.

Baru- baru ini tular di media sosial video memaparkan hari orientasi pelajar baharu di UiTM Segamat yang mana fasilitatornya membuat ‘prank’ demi sambutan hari lahir rakan mereka.

Menurut fasilitator tersebut, mereka juga terpaksa mengorbankan hari cuti mereka kerana perlu menjayakan hari orientasi tersebut namun dibalas dengan pergaduhan bersama fasilitator lain.

Namun, apabila melihat kepada wajah pelajar baharu ketika fasilitator tersebut bergaduh, segelintir daripada mereka kelihatan sedikit cuak atau gentar melihat kejadian tersebut.

Bagaimanapun, ia sebenarnya merupakan helah daripada fasilitator bagi menyambut hari lahir rakan mereka yang dipercayai merupakan salah seorang daripada fasilitator semasa orientasi.

Sebaik mendengar nyanyian lagu ‘Happy Birthday’, terdapat beberapa pelajar baharu lelaki yang kedengaran kurang berpuas hati dengan sambutan tersebut.

Sementara itu, fasilitator tersebut berpendapat walaupun tindakan netizen mengecam fasilitator dan pelajar di universiti awam itu kurang sesuai, dia berharap semua orang dapat bergembira semasa orientasi itu.

“Mungkin apa yang difikirkan netizen itu dan apa tindakan netizen terhadap saya dan terhadap anda semua mungkin tidak sesuai, saya harap semua enjoy.

“Saya minta maaf dari pihak saya dan saya mewakili keseluruhan fasilitator kerana tindakan saya menyebabkan nama kami, nama anda semua mungkin tercalar.

“Saya harap, orientasi kali ini menjadi kenangan untuk anda semua,” katanya.

SinarHarian-

Tags: minggu orientasipranksambutan hari jadi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Suspek Pertama Dakwa Racun Jong-Nam Satu ‘Prank’

16/02/2017
0

SEORANG wanita yang ditahan sebagai suspek pembunuhan abang tiri Kim Jong-un dilaporkan berkata dia telah diarahkan untuk menyembur sejenis cecair yang disyaki...

Perbuatan Nakal: Mercu Tanda ‘Hollywood’ Jadi ‘Hollyweed’

02/01/2017
0

JIKA sambutan tahun baru di kebanyakan negara meriah dengan percikan bunga api di angkasa, lain pula yang berlaku di bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd