• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rampas 329.5 Kilogram Dadah RM11 Juta Disorok Dalam Rumah Teres

oleh Mohd Arshad
29/10/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Polis Rampas 329.5 Kilogram Dadah RM11 Juta Disorok Dalam Rumah Teres
Share on FacebookShare on Twitter

SUBANG JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas 329.5 kilogram dadah jenis syabu dianggarkan bernilai hampir RM11 juta susulan tangkapan dua lelaki di Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin, berkata kedua-dua suspek yang ditahan, masing-masing berusia 34 dan 30 tahun dipercayai berperanan sebagai ‘runner’ dengan mengambil dan menghantar bekalan dadah.

Polis terlebih dulu menahan suspek pertama berusia 34 tahun ketika dia sedang memandu di Bandar Baru Sri Petaling, kira-kira jam 10.50 malam Jumaat lalu.

“Tangkapan dilakukan sepasukan anggota JSJN Bukit Aman dan susulan tangkapan itu, dengan dipandu arah oleh suspek, polis dibawa ke sebuah rumah teres dua tingkat di Bandar Bukit Puchong, Subang Jaya.

“Hasil pemeriksaan ke atas kediaman itu, polis menemui 319 bungkusan mengandungi dadah jenis syabu disimpan dalam sebuah bilik di tingkat bawah rumah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, hari ini.

Kok Chin berkata, susulan tangkapan pertama itu, polis menahan suspek kedua, iaitu seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun ketika sedang memandu di Jalan Puchong Jaya, di sini pada jam 11.30 malam.

“Lokasi tangkapan suspek kedua ini terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi suspek pertama ditahan. Kita percaya kedua-dua suspek ini berperanan sebagai ‘runner’ untuk satu sindiket dadah.

“Hasil soal siasat mendapati, suspek pertama menerima upah RM5,000 sebulan, manakala suspek kedua yang lebih berpengalaman dalam operasi pengedaran dadah menerima upah antara RM7,000 hingga RM8,000 sebulan,” katanya.

Mengulas modus operandi, Kok Chin berkata, sindiket ini didapati menyewa rumah teres terbabit sejak awal September lalu untuk dijadikan stor penyimpanan dadah sebelum diedarkan untuk pasaran tempatan.

“Siasatan awal mendapati sindiket ini dipercayai aktif sejak awal tahun ini dan kita masih menyiasat rangkaian sindiket dadah yang masih bebas serta punca dari mana bekalan dadah diperoleh,” katanya.

Selain dadah, polis turut merampas alat penimbang di rumah itu dan menyita dua kereta dipandu dua suspek iaitu Proton Saga dan Hyundai Sonata serta barang kemas dengan jumlah sitaan dianggarkan RM70,270.

“Jumlah keseluruhan dadah dirampas dianggarkan bernilai RM10.9 juta yang boleh digunakan 1.65 juta penagih dadah sekiranya dipasarkan,” katanya.

Kok Chin berkata, walaupun ujian saringan air kencing pula menunjukkan kedua-duanya negatif dadah, namun semakan mendapati suspek pertama mempunyai tiga rekod jenayah, manakala rakannya mempunyai satu rekod jenayah.

“Kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula Sabtu lalu hingga Jumaat ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai membantu memberi maklumat mengenai kegiatan dadah dengan menghubungi talian Hotline JSJN di 012-2087222.

BHonline-

Tags: dadahpolisrampasrumah teres
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kibar Bendera China Dalam Perarakan, Kes Dirujuk Ke Bahagian Perundangan Bukit Aman

Next Post

Kes 1MDB: Nasib Najib Diketahui Esok

Related Posts

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

27/05/2025
0

MELAKA – Polis Melaka sedang menyiapkan kertas kerja bagi cadangan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape sebelum dibentangkan kepada kerajaan...

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

27/05/2025
0

GERIK – Polis Perak mendedahkan terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mengeksploitasi dan memanipulasi waris mangsa anggota Pasukan Simpanan...

Next Post
Kes 1MDB: Nasib Najib Diketahui Esok

Kes 1MDB: Nasib Najib Diketahui Esok

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd