• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertuduhan Dihadapi Najib Tidak Cacat, Sah Di Sisi Undang-Undang – Hakim

oleh AK-47
30/10/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pertuduhan Dihadapi Najib Tidak Cacat, Sah Di Sisi Undang-Undang – Hakim
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hakim Mahkamah di sini pada Rabu memberitahu bahawa empat kes menggunakan kedudukan untuk suapan hampir RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram libat wang sama membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak cacat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah berkata demikian ketika membaca keputusan kes membabitkan bekas Perdana Menteri itu, dalam prosiding yang bermula jam 9.24 pagi.

Menurutnya, pertuduhan yang dihadapi Najib, 71, sah dari segi undang-undang dan tidak mengelirukan, samar-samar mahupun prejudis.

“Saya dapati pertuduhan itu memenuhi semua kriteria undang-undang di bawah Kanun Tatacara Jenayah.

“Mahkamah mendapati, tertuduh tidak ‘terpedaya’ dengan tuduhan itu,” kata hakim itu.

Selain itu, beliau berkata, mahkamah berpendapat, tiada motif jelas bagi saksi utama pendakwaan memberi keterangan terhadap Najib dalam skandal kewangan syarikat strategi negara itu.

Saksi-saksi utama itu termasuk bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz; bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Menurutnya, Jasmine dan seorang lagi saksi, mengaku menerima dana daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low sementara Shahrol menerima gaji serta bonus.

“Zeti dan ahli keluarganya turut dikaitkan dengan kes ini, namun mahkamah menegaskan saksi-saksi tersebut tidak berdepan undang-undang, yang boleh menjejaskan kes,” katanya.

Ketika ini, beliau masih membacakan dapatan kes sejak jam 9.24 pagi dan belum memutuskan sama ada Najib perlu dibela diri atau dilepaskan daripada semua pertuduhan.

-Sinar Harian

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd