• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penghantar Makanan Didakwa Rempuh Anggota Polis Ketika Pemeriksaan

oleh Mohd Arshad
29/10/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Penghantar Makanan Didakwa Rempuh Anggota Polis Ketika Pemeriksaan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan merempuh dan melanggar seorang anggota polis berpangkat koperal, minggu lepas.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Muhammad Shamil Md Isa, 27, didakwa telah merempuh dan melanggar sebuah motosikal yang dinaiki Koperal A.Rajaratnam, 48, dengan mengetahui perbuatan itu boleh menyebabkan kematian di lampu isyarat di Jalan Segambut, Sentul di sini pada jam 11.45 malam, 21 Oktober lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan didenda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Vivien Yeap Jie Xin tidak menawarkan jaminan, namun peguam Nurul Atikah Rusli, mewakili tertuduh memohon supaya jaminan dibenarkan atas alasan anak guamnya menanggung ibu bapanya.

“Anak guam saya bekerja sebagai penghantar makanan dengan pendapatan sekitar RM1,300 hingga RM1,500 sebulan dan masih belum berkahwin,” kata peguam itu.

Hakim Dr Azrol Abdullah kemudian bertanyakan kepada TPR Yeap bagaimana kejadian itu berlaku dan TPR menjelaskan bahawa semasa kejadian, tertuduh dan kekasihnya yang menaiki sebuah kereta telah ditahan anggota polis itu untuk pemeriksaan, namun tertuduh bertindak menekan pedal minyak sehingga merempuh motosikal mangsa.

“Dalam kejadian itu, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan manakala motosikal mangsa yang dirempuh telah diseret kereta tertuduh sejauh kira-kira 300 meter,” kata Yeap.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 2 Disember ini untuk sebutan kes.

Bernama-

Tags: Penghantar makananrempuh anggota polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penghantar Makanan Tikam Isteri Dan Anak Kena Jel 6 Tahun, Dua Sebatan

Penghantar Makanan Tikam Isteri Dan Anak Kena Jel 6 Tahun, Dua Sebatan

27/11/2024
0

AMPANG: Seorang penghantar makanan dipenjara enam tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana menikam isteri dan anaknya...

Penghantar Makanan Maut Langgar Kotak Kuasa TNB

Penghantar Makanan Maut Langgar Kotak Kuasa TNB

01/10/2024
0

MELAKA - Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas sebelum merempuh kotak kuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd