• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengeluaran Akaun 1 KWSP Tak Dibenarkan Walaupun Untuk Haji

oleh Mohd Arshad
28/10/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pengeluaran Akaun 1 KWSP Tak Dibenarkan Walaupun Untuk Haji
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Kerajaan tidak membenarkan sebarang pengeluaran daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) termasuk tujuan menunaikan haji bagi memastikan ahli mempunyai simpanan asas sekurang-kurangnya RM240,000 demi kelangsungan hidup semasa bersara.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, Akaun Persaraan atau dikenali sebagai Akaun 1 bertujuan sebagai simpanan persaraan yang terdiri daripada 75 peratus caruman.

“Simpanan ini hanya boleh dikeluarkan apabila ahli mencapai umur 55 tahun demi keperluan dan kesejahteraan hidup pada hari tua.

“Meskipun begitu, ahli turut dibenarkan untuk membuat pengeluaran bagi tujuan lain seperti perumahan, insurans hayat, penyakit kritikal, pendidikan, kesihatan (penyakit kritikal dan kesuburan) serta pengeluaran pada umur 50 tahun melalui Akaun Sejahtera.

“Akaun Fleksibel turut diwujudkan bagi membenarkan ahli membuat pengeluaran bagi apa-apa tujuan pada bila-bila masa,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Dr Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) sama ada kerajaan bersedia membenarkan pencarum KWSP yang terpilih untuk menunaikan haji mengeluarkan simpanan mereka sebelum usia persaraan.

Mengulas lanjut, Lim berkata, sejak diperkenalkan pada 2013, sebanyak 6,070 permohonan pengeluaran Haji daripada Akaun Sejahtera diluluskan.

“Ia membabitkan jumlah amaun pengeluaran sebanyak RM16.7 juta, bersamaan purata RM2,759 bagi setiap permohonan,” katanya.

Katanya, pelbagai langkah dan inisiatif dijalankan KWSP bagi membantu ahli mempunyai simpanan mencukupi untuk persaraan mereka.

“Setakat Ogos 2024, seramai 263,000 atau 3.3 peratus daripada jumlah ahli aktif formal KWSP mendaftar untuk membuat caruman melebihi kadar berkanun syer pekerja iaitu 11 peratus pada bila-bila masa.

“Pada tahun 2024, seramai 872,000 ahli atau 10.2 peritus daripada ahli aktif telah membuat caruman sukarela setakat 31 Ogos 2024, dengan jumlah amaun caruman sebanyak RM9.39 billion,” katanya.

Beliau berkata, KWSP juga membenarkan individu untuk berdaftar dan mencarum secara sukarela seawal usia 14 tahun.

“Ini adalah sebahagian daripada usaha KWSP untuk menggalakkan simpanan dan memanfaatkan gandaan dividen lebih awal.

“Walaupun mereka yang berusia di bawah 16 tahun biasanya tidak bekerja secara formal, mereka boleh membuat caruman sendiri atau caruman daripada pihak lain seperti ibu bapa ke dalam akaun KWSP.

“Tiada amaun minimum ditetapkan, namun caruman sukarela adalah tertakluk kepada had maksimum RM100,000 setahun,” katanya.

HarianMetro-

Tags: Akaun 1 KWSPHaji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik sebuah madrasah ditahan selepas dipercayai berperanan untuk meraih kepercayaan 47 jemaah warga emas yang terpedaya...

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

08/06/2025
0

MAKKAH - Presidensi Am Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Arab Saudi menggesa para jemaah haji supaya mematuhi langkah-langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd