• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Pertahan Peranan Dalam Pembiayaan SRC, Bukan Tentukan Pelaburan

oleh Mohd Arshad
16/10/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Najib Pertahan Peranan Dalam Pembiayaan SRC, Bukan Tentukan Pelaburan
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, beliau mahukan proses pinjaman SRC International Sdn Bhd dipercepatkan supaya syarikat pelaburan strategik negara itu dapat mempunyai modal mencukupi untuk memenuhi objektifnya.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Najib yang memberikan keterangan dalam kes saman sivil SRC terhadapnya, bersetuju dengan cadangan peguam syarikat itu, P Gananathan, bahawa beliau bercakap dengan Pengerusi Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) untuk mempercepatkan pembiayaan berjumlah RM2 bilion terbabit.

Ketika disoal Gananathan mengapa pembiayaaan itu perlu dipercepatkan, Najib yang juga bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan berkata, ia bagi membolehkan SRC menjalankan pelaburannya dalam sektor tenaga kerana beliau dimaklumkan ia (pelaburan) akan berlaku.

Disoal lanjut sama ada beliau boleh mengesahkan bahawa pelaburan itu akan berlaku, Najib berkata, perkara dimaklumkan kepadanya dan beliau diberitahu untuk melakukan apa yang perlu.

Apabila diminta untuk mengenal pasti pelaburan mana yang mencukupi bagi tujuan (objektif) SRC, bekas Presiden Umno itu bagaimanapun berkata, ia bukan skop tugasnya untuk berbuat demikian.

“Itu tugas pengurusan. Ia bukan tugas saya. Saya hanya mendapatkan pembiayaan untuk SRC tetapi itu tidak membebaskan lembaga pengarah SRC daripada tanggungjawab mereka untuk meneliti pelaburan yang dijalankan.

“Lembaga pengarah masih bertanggungjawab dan mempunyai peranan,” katanya.

Sementara itu, Najib menafikan bahawa beliau menentukan terlebih dahulu jumlah pinjaman yang diperlukan oleh SRC daripada KWAP, sebaliknya berkata, jumlah itu diminta oleh pengurusan SRC, khususnya bekas Ketua Pegawai Eksekutif Nik Faisal Ariff Kamil.

Beliau juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu, bahawa jika mengikut undang-undang, beliau terbabit dalam mendapatkan pinjaman dengan menjalankan peranan sebagai pengarah syarikat.

Pada 7 Mei 2021, SRC memfailkan saman sivil terhadap Najib dan Nik Faisal dengan menuntut ganti rugi AS$1.18 bilion.

Dalam kes saman terbabit, bekas pengarah SRC International dinamakan pihak ketiga responden, iaitu Tan Sri Ismee Ismail, Datuk Suboh Md Yassin, Datuk Mohamed Azhar Osman Khairuddin, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan Datuk Che Abdullah @ Rashidi Che Omar.

SRC mendakwa kedua-dua defendan bersubahat dan melakukan pecah amanah dan Najib turut didakwa menyalahgunakan kuasanya dan memperoleh ganjaran peribadi daripada dana SRC, selain menyeleweng dana itu.

Perbicaraan kes di hadapan Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin bersambung esok.

-Harian Metro

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razaksrc
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd