• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-kanak 6 Tahun Jadi Mangsa Dera Bapa Kandung, Ibu Tiri

oleh Mohd Arshad
12/10/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kanak-kanak 6 Tahun Jadi Mangsa Dera Bapa Kandung, Ibu Tiri
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Seorang kanak-kanak lelaki mengalami luka hampir seluruh badan dipercayai didera bapa kandung dan ibu tirinya dalam kejadian di sebuah rumah di Ladang Kalumpong di sini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff berkata, maklumat kejadian itu diterima pada Khamis lalu jam 4.09 petang melibatkan mangsa berusia 6 tahun.

Menurutnya, mangsa kemudiannya telah dibawa ke Hospital Taiping untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

“Hasil pemeriksaan mengesahkan, mangsa mengalami kecederaan luka akibat dipukul di bahagian muka, dada, perut, paha, tangan dan kaki.

“Mangsa kini ditahan di hospital sama dan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, bertindak daripada laporan itu, polis telah menahan bapa dan ibu tiri mangsa masing-masing berusia 47 dan 33 tahun sekitar jam 5.30 petang pada hari sama kejadian di rumah berkenaan.

Juna berkata, pemeriksaan lanjut di rumah itu menemui beberapa alatan dipercayai digunakan bagi mencederakan mangsa.

“Polis turut merampas tiga botol cecair disyaki ketum yang ditemukan di rumah tersebut.

“Pasangan berkenaan telah direman selama lima hari sehingga Isnin depan bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes itu diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Kerian di talian 05-7212222 bagi membantu siasatan.

SinarHarian-

Tags: bapa kandungIbu Tirikanak-kanakmangsa dera
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 55.7 peratus kanak-kanak di negara ini menggunakan internet selama satu hingga empat jam sehari tahun lalu. Pengerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd