• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Tidak Terikat Kerjasama BN-PH – Nur Jazlan

oleh Mohd Arshad
03/10/2024
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Johor Tidak Terikat Kerjasama BN-PH – Nur Jazlan
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Johor tidak terikat secara langsung dengan kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurut beliau, tindakan Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti ‘lebih sudu daripada kuah’ dalam Kerajaan Perpaduan di Johor juga sepatutnya tidak berlaku.

“Kalau betul PH nak berlaku adil, patutnya minta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tuntut juga dari Abang Jo (Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg) supaya buatkan Kerajaan Perpaduan di Sarawak sebab GPS (Gabungan Parti Sarawak) adalah sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan hari ini,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau pada Khamis.

Sementara itu, Nur Jazlan yang juga Timbalan Speaker Dewan Negara turut menyelar parti-parti tertentu yang menjadikan kerajaan Johor seperti pasar borong termasuk Amanah yang menuntut pelbagai jawatan seperti Ecxco, malah sehingga ke ketua kampung meskipun hanya mempunyai satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tambah beliau, bukan hanya peringkat Johor, malah di Persekutuan sekali pun PKR dan Amanah bukanlah parti penting atau layak duduk semeja dalam permainan `poker politik’.

“Dalam konteks permainan poker politik ini, hanya mereka yang benar-benar ada skil, kekuatan dan pengalaman saja yang layak dan mampu bertahan di meja utama.

“Bagi saya hanya UMNO, DAP dan GPS saja yang boleh diibaratkan sebagai pemain poker profesional yang tahu bila nak bluff, bila nak raise dan bila nak ambil risiko.

“Dua parti ini saja pemain sebenar dalam politik Malaysia sejak awal merdeka dulu.

“Mereka (PKR dan Amanah) hanya sesuai duduk depan mesin kuda atau main roulette sahaja sebab mereka mengharapkan nasib baik dan kekalahan lawan sahaja dan bukan kekuatan jentera parti atau strategi,” katanya.

Tambah beliau, dalam Kerajaan Perpaduan, hanya UMNO dan DAP merupakan pemain utama dan menguasai `meja poker’ disebabkan mempunyai kekuatan ahli, penyokong dan jentera.

Sehubungan itu, katanya, PKR dan Amanah perlu sedar mereka tidak mempunyai kelebihan tersebut, justeru tidak patut untuk duduk bersama di `meja poker’.

“Lagi pun, nasib bukanlah satu strategi yang boleh diharapkan dalam jangka masa panjang. Strategi benci UMNO macam zaman dulu pun tak boleh dipakai sekarang kerana UMNO sudah jadi kawan pergantungan,” katanya.

Kenyataan Nur Jazlan itu merujuk kepada desakan berterusan PH Johor kepada BN supaya Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di negeri itu selepas kejayaan besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Sabtu lalu.

Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan dilaporkan berkata, penubuhan Kerajaan Perpaduan tidak perlu ditangguhkan lagi sekiranya mereka merasakan gabungan PH-BN yang terbaik untuk masa depan negara dan Johor.

-Sinar Harian

Tags: JohorKerjasama BN-PH
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Prestasi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Johor mencatatkan peningkatan membanggakan apabila Gred Purata Negeri (GPN)...

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

31/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor kini sedang memperincikan pelbagai langkah strategik bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat, susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd