• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Tunggal Bebas Tuduhan Bunuh Anak

oleh Mohd Arshad
11/10/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Ibu Tunggal Bebas Tuduhan Bunuh Anak
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seorang ibu tunggal dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat daripada pertuduhan membunuh anak perempuannya yang berusia enam tahun, empat tahun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Hakim, Datuk Rohani Ismail membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap A Mariyammah, 39, di akhir kes pendakwaan.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keterangan daripada saksi-saksi dan menimbang hujahan dikemukakan daripada pihak pembelaan dan pendakwaan.

“Setelah mendengar keterangan diberikan saksi dan selepas menimbang hujahan dikemukakan kedua-dua pihak serta berdasarkan penilaian menyeluruh atas semua keterangan, saya memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie.

“Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu dipanggil untuk membela diri,” katanya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh pada 5 September 2020 di antara jam lebih kurang 5.30 petang sehingga jam 6.30 petang di Apartment Matahari Height, Jalan Persiaran Senawang 8, Seremban telah membunuh seorang kanak-kanak yang ketika kejadian berusia enam tahun.

Berikutan itu tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Seramai 13 saksi dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula tahun 2020.

Tertuduh diwakili peguam, S Paul Krishnaraja dan Amy Chong manakala pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syamimi Farhana Muhammad A Aziz.

Sementara itu, Mariyammah ditemui pemberita di luar mahkamah melahirkan rasa gembira dan syukur atas keputusan berkenaan.

“Saya gembira kerana saya memang tak buat benda(bunuh) ini. Saya ucapkan terima kasih kepada peguam saya dan selepas ini saya akan dapat tengok anak perempuan saya semula yang berusia sembilan tahun dan lelaki enam tahun,”katanya.

SinarHarian-

Tags: bunuh anak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

SUHAKAM Tuntut Penubuhan Segera RCI Siasat GISBH

Next Post

Panglima Tentera Darat Dimasyhurkan Ahli International Hall Of Fame

Related Posts

Prabowo Menang Jawatan Presiden Indonesia – Suruhanjaya Pilihan Raya

Suami Isteri Bunuh Anak Terlepas Hukuman Mati, Penjara 30 Tahun

21/03/2024
0

PUTRAJAYA: Sepasang suami isteri terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Rayuan di sini hari ini menggantikan tuduhan membunuh dengan penjara...

Hanya Kerana Ubah Saluran Televisyen, Bapa Kelar Leher Anak

04/11/2021
0

PETALING JAYA: Gara-gara naik angin kerana saluran televisyen diubah, seorang bapa bertindak mengelar leher anak kandungnya dalam kejadian di rumah...

Next Post
Panglima Tentera Darat Dimasyhurkan Ahli International Hall Of Fame

Panglima Tentera Darat Dimasyhurkan Ahli International Hall Of Fame

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd