• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

e-PCB Plus Permudah Urusan Pembayar Cukai

oleh Mohd Arshad
11/10/2024
dalam LHDN, Terkini
0
e-PCB Plus Permudah Urusan Pembayar Cukai
Share on FacebookShare on Twitter

LEMBAGA Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan sistem Potongan Cukai Bulanan (PCB) baharu e-PCB Plus sedang dibangunkan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

e-PCB Plus Fasa 1 telah pun dibuka kepada majikan mulai 24 September 2024 sebagai persediaan awal sebelum sistem itu berfungsi sepenuhnya tahun depan.

Fasa 1 melibatkan pendaftaran peranan Majkan / Wakil Majikan / Pentadbir PCB di MyTax, manakala pendaftaran peranan Wakil Pentadbir / Kemaskini Makłumat Majikan dan Pekerja di e-PCB Plus.

Bagi mereka yang kurang mengerti berkenaan sistem PCB barangkali akan berasa sedikit gusar dengan perubahan yang diumumkan itu.

Adakah ia bakal menyebabkan peraturan yang lebih ketat dalam aspek pemotongan cukai oleh HASiL? Jawapannya tidak.

e-PCB Plus bertujuan menggabungkan sistem sedia ada iaitu e-PCB, e-Data PCB dan e-CP39 di bawah satu platfom menerusi portal MyTax.

Portal MyTax yang dilancarkan pada tahun 2020 sebelum ini merupakan pusat gerbang maklumat dan pusat sehenti bagi pembayar cukai.

Ia bertujuan memudahkan orang awam mengakses pelbagai maklumat.

Pembayar cukai boleh mengakses maklumat seperti transaksi lejar, status bayaran balik, potongan cukai bulanan, jadual ansuran CP500, status sekatan perjalanan dan status Sijil Penyelesaian Cukai (SPC).

Selain itu, MyTax juga menyediakan capaian ke perkhidmatan yang disediakan oleh LHDNM seperti e-Filing, ByrHasil, e-Daftar dan lain-lain.

Justeru, meletakkan sistem sedia ada e-PCB, e-Data PCB dan e-CP39 di bawah satu platfom menerusi portal MyTax akan lebih memudahkan orang ramai.

Memandangkan perubahan sistem sedang berlaku, elok juga bagi kita terutama mereka yang baru memasuki alam pekerjaan mengambil tahu apa dimaksudkan dengan sistem PCB.

PCB adalah satu mekanisme potongan cukai pendapatan daripada saraan bulanan semasa pekerja mengikut jadual.

Potongan bulanan itu bertujuan untuk mengurangkan beban pekerja apabila perlu membayar cukai sekaligus setelah cukai dikira.

Kaedah PCB diperuntukkan di bawah subseksyen 107(2) Akta Cukai Pendapatan 1967(Akta) dan potongan itu tertera dalam slip gaji anda.

Dalam bahasa mudah, setiap bulan dan secara automatic, majikan akan memegang amaun cukai anda yang perlu dibayar untuk diserahkan kepada HASiL.

Kaedah ini lebih mudah berbanding anda perlu bayar cukai dalam jumlah besar apabila tibanya musim e-Filing, iaitu musim di mana anda perlu lapor pendapatan dan bayar cukai yang perlu dibayar bermula 1 Mac hingga 30 April setiap tahun.

Untuk makluman juga, sistem PCB sedia ada masih berfungsi seperti biasa hingga pengumuman penutupan dimaklumkan kelak.

-Mynewshub

Tags: e-PCB PlusLHDNpembayar cukai
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Cukai Membina Malaysia – Apa Yang Perlu Anda Lakukan Hari Ini?

Cukai Membina Malaysia – Apa Yang Perlu Anda Lakukan Hari Ini?

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Dalam usaha membina negara yang inklusif dan sejahtera, sistem percukaian Malaysia kekal sebagai tiang seri pengagihan kekayaan...

Kartel Jual Beli Kenderaan Mewah Digempur

Kartel Jual Beli Kenderaan Mewah Digempur

19/11/2025
0

HASiL Bongkar Ketidakpatuhan Cukai Cecah RM70 Juta Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR, 19 Nov — Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd