• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Lelaki, Dua Wanita Disyaki Pecah Rumah Ditahan

oleh Mohd Arshad
06/10/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Dua Lelaki, Dua Wanita Disyaki Pecah Rumah Ditahan
Share on FacebookShare on Twitter

Iskandar Puteri : Empat kenalan termasuk dua wanita ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes pecah rumah di Tanjung Kupang, di sini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pecah rumah pada 30 September lalu.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, polis menahan dua lelaki dan dua wanita tempatan berusia 43 hingga 50 tahun dalam serbuan di sebuah rumah di lokasi sama pada Selasa lalu.

“Hasil semakan mendapati tiga daripada suspek mempunyai rekod jenayah termasuk kes dadah. Saringan ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek lelaki positif dadah.

“Kita turut merampas dua telefon bimbit, seutas jam tangan, komputer riba, mesin cetak, gelang rantai emas, projektor TV, kasut sukan, dua topi keledar, dua pembesar suara, router, anak kunci motosikal dan pelbagai produk kesihatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, reman ke atas semua suspek berakhir hari ini sebelum disambung hingga 12 Oktober ini bagi siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

-Harian Metro

Tags: pecah masukTahan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lelaki Ditahan Lakukan Perbuatan Tidak Senonoh Dalam Kereta

Dua Lelaki Ditahan Lakukan Perbuatan Tidak Senonoh Dalam Kereta

02/02/2026
0

Kuala Lumpur: Dua lelaki ditahan selepas dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh dalam kereta di tempat awam di Jalan Taman Intan...

Empat Individu Termasuk Seorang Wanita Ditahan Bersama Dadah

Empat Individu Termasuk Seorang Wanita Ditahan Bersama Dadah

06/12/2025
0

Kulai: Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita bersama rampasan dadah di Taman Sungai Mas di sini, kelmarin. Ketua Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd