• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cabaran Bomba Selamatkan Mangsa Banjir Di Temerloh

oleh AK-47
18/10/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Cabaran Bomba Selamatkan Mangsa Banjir Di Temerloh
Share on FacebookShare on Twitter

Kuantan : Kedudukan rumah terlalu rapat antara cabaran yang dilalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang dalam operasi menyelamatkan mangsa banjir di Temerloh.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Penolong Pengarah Operasi JBPM Pahang Ismail Abdul Ghani berkata selain itu, pihaknya terpaksa berhadapan dengan jalan tidak sekata selain halangan pelbagai objek di air.

“Cabaran yang kita hadapi bila menyelamat di kawasan pendalaman atau kampung kebiasaannya ialah kedudukan kediaman terlalu rapat menyebabkan bot sukar nak lalu dan melepasi antara rumah.

“Antara risiko lain semasa pemanduan ialah bot tak nampak objek seperti kedudukan pagar rumah yang tenggelam atau pokok tumbang, malah jalan di kawasan taman atau kampung biasanya ada tenggelam dan timbul, itu juga antara kesukaran yang perlu dihadapi bomba,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Ismail yang ditemui selepas JBPM Pahang melakukan ujian aset dan kelengkapan marin di Sungai Kuantan di sini, turut memaklumkan bagi menghadapi cabaran berkenaan pihaknya menggerakkan anggota yang sudah mahir dengan kawasan yang dilanda banjir itu.

“Pengalaman ini sangat penting dan kajian risiko juga main peranan bagi memastikan kerja menyelamat dilaksanakan dengan selamat selain cepat dan mudah,” katanya.

Setakat 12.20 tengah hari, sebanyak 1,616 mangsa banjir daripada 483 keluarga masih berlindung di lapan pusat pemindahan sementara di Temerloh.

Mengulas lanjut, beliau berkata JBPM Pahang mempunyai pemandu bot yang terlatih dengan mereka menjalankan latihan secara berkala bagi memastikan kesiapsiagaan untuk berhadapan dengan sebarang situasi terutama ketika monsun timur laut (MTL) yang diramalkan bermula bulan depan.

Ismail berkata latihan yang dijalankan melibatkan tatacara menyelamatkan mangsa dalam keadaan arus deras serta berombak selain teknik pemanduan bot.

Sementara itu, beliau berkata 99 peratus aset JBPM Pahang berada dalam keadaan baik untuk beroperasi ketika MTL dengan lebih 1,000 anggota yang akan terlibat.

-Harian Metro

Tags: BanjirBombaTemerloh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd