• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belanjawan 2025: PM Tak Ambil Gaji, Potongan Gaji Menteri Dan Lantikan Politik Diteruskan

oleh AK-47
18/10/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Belanjawan 2025: PM Tak Ambil Gaji, Potongan Gaji Menteri Dan Lantikan Politik Diteruskan
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tidak menerima gaji manakala menteri kabinet lain serta lantikan politik akan terus dipotong gaji sebanyak 20 peratus.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau berkata, Ketua Setiausaha Negara (KSU) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) turut secara sukarela menyumbang balik pelarasan gaji tujuh peratus yang ditawarkan di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Katanya, langkah itu diambil atas keprihatinan terhadap permasalahan rakyat dan tantangan fiskal.

“Saya amat berterima kasih kepada Tan Sri KSN dan Tan Sri KPPA, atas kepimpinan mereka, barisan Pengurusan Tertinggi Gred Utama TURUS menunjukkan teladan dan secara sukarela memilih untuk menyumbang balik pelarasan gaji tujuh peratus yang ditawarkan di bawah SSPA.

“Sementara itu, menteri-menteri serta lantikan politik juga akan terus membuat potongan 20 peratus gaji dan saya sendiri tidak akan menerima gaji,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya, selaras dengan SSPA, pelarasan pencen juga akan dilaksanakan secara berfasa berdasarkan pelarasan peratusan ke atas gaji akhir pesara mengikut kumpulan perkhidmatan masing-masing termasuklah pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Anwar berkata, bagi memperkasa perlindungan sosial kepada semua penjawat awam, Skim Ex-Gratia Bencana Kerja akan diperluas dan dipermudah.

“Masih segar di ingatan, tragedi serangan di Balai Polis Ulu Tiram yang meragut nyawa dua anggota polis, Allahyarham Lans Koperal Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Allahyarham Lans Koperal Muhamad Syafiq Ahmad Said serta Sarjan Mohd Hasif Roslan yang cedera akibat terkena tembakan.

“Bagi anggota pasukan keselamatan dan penguatkuasaan yang hilang upaya kekal semasa dalam operasi, bayaran faedah Ex-Gratia Operasi sehingga RM50,000 akan diberikan bagi bencana kerja mulai tahun 2024,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan turut menyediakan bayaran faedah Ex-Gratia Pukal sebanyak RM20,000 turut diberikan sebagai tambahan kepada waris bagi kes kematian bencana kerja mulai tahun 2024.

“Kadar Elaun Layanan Sentiasa dinaikkan kepada RM1,500 ketimbang RM500 mulai 1 Januari 2025 termasuk kepada penerima sedia ada,” katanya.

Katanya, kerajaan bersetuju supaya kadar Bantuan Sara Hidup berdasarkan pendapatan garis kemiskinan (PGK) untuk veteran ATM tidak berpencen dinaikkan kepada RM500 sebulan ketimbang RM300 pada masa ini.

“Kerajaan turut bersetuju melanjutkan bayaran Penghargaan Khas Kepada Pesara dan penerima pencen terbitan mulai Januari hingga Disember 2025,” katanya.

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tidak menerima gaji manakala menteri kabinet lain serta lantikan politik akan terus dipotong gaji sebanyak 20 peratus.

-Harian Metro

Tags: Belanjawan 2025Menteripmpotongan gaji
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

RM100 Juta Pastikan Capaian Internet Sekolah Luar Bandar

Next Post

Anggaran Belanjawan 2025 Tertinggi Pernah Diumumkan – PM

Related Posts

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Sehingga Jejas Rakyat – PM

27/12/2024
0

PUTRAJAYA : Kerajaan tidak akan membenarkan kenaikan tarif elektrik yang boleh menjejaskan rakyat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Pelantikan Thaksin Tumpu Usaha Lonjak Ekonomi, Rintis Usaha Damai Di Selatan Thai – PM

Pelantikan Thaksin Tumpu Usaha Lonjak Ekonomi, Rintis Usaha Damai Di Selatan Thai – PM

27/12/2024
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pelantikan bekas Perdana Menteri Thailand, Dr Thaksin Shinawatra sebagai penasihat tidak rasmi...

Next Post
Anggaran Belanjawan 2025 Tertinggi Pernah Diumumkan – PM

Anggaran Belanjawan 2025 Tertinggi Pernah Diumumkan - PM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In