• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bandar Berusia 4,000 Tahun Ditemui Tersembunyi Di Oasis Arab Saudi

oleh Mohd Arshad
31/10/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bandar Berusia 4,000 Tahun Ditemui Tersembunyi Di Oasis Arab Saudi
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS: Penemuan sebuah bandar berkubu berusia 4,000 tahun yang tersembunyi di sebuah oasis di Arab Saudi mendedahkan bagaimana kehidupan pada masa itu perlahan-lahan berubah daripada nomad kepada kewujudan bandar, kata ahli arkeologi pada Rabu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Sisa-sisa bandar itu yang digelar al-Natah, lama ‘disembunyikan’ oleh oasis berdinding Khaybar, hijau dan subur dikelilingi padang pasir di barat laut Semenanjung Arab.

Tembok purba sepanjang 14.5 kilometer ditemukan di tapak itu, menurut penyelidikan diketuai oleh ahli arkeologi Perancis, Guillaume Charloux yang diterbitkan awal tahun ini.

Untuk kajian baharu yang diterbitkan dalam jurnal PLOS One, pasukan penyelidik Perancis-Saudi memberikan ‘bukti bahawa benteng ini disusun di sekitar habitat’, Charloux memberitahu AFP.

Pekan besar itu yang menempatkan sehingga 500 penduduk, dibina sekitar 2,400 sebelum masihi semasa awal Zaman Gangsa, kata penyelidik.

Ia ditinggalkan sekitar 1,000 tahun kemudian. “Tiada siapa yang tahu mengapa,” kata Charloux.

Apabila al-Natah dibina, bandar-bandar berkembang pesat di rantau ‘Levant’ iaitu di sepanjang Laut Mediterranean dari Syria sekarang hingga ke Jordan.

Barat Laut Arab pada masa itu dianggap sebagai padang pasir yang tandus, dilintasi oleh pengembara dan dipenuhi dengan tapak pengebumian.

Itu adalah sehingga 15 tahun lalu, apabila ahli arkeologi menemukan benteng sejak Zaman Gangsa di oasis Tayma, utara Khaybar.

“Penemuan penting pertama ini menyebabkan saintis melihat lebih dekat oasis ini.

“Batuan gunung berapi hitam yang dipanggil basalt menyembunyikan dinding al-Natah dengan begitu baik sehingga ia ‘melindungi tapak daripada penggalian haram'”, kata Charloux.

BHonline-

Tags: bandarOasis Arab Saudi
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bandar Di Kuwait Catat Suhu Paling Panas Di Bumi

08/06/2022
0

BANDAR RAYA KUWAIT -Sebuah bandar di Kuwait, Al Jahra merekodkan suhu paling panas di muka Bumi tahun ini dengan catatan...

Kenderaan Berat Tetap Dilarang Masuk Bandar Waktu Puncak

29/03/2022
0

JELEBU: Kenderaan berat dilarang memasuki pusat bandaraya Kuala Lumpur pada dua waktu puncak dan perlu mengikut jadual perjalanan yang sudah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd