• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aliran Trafik Deepavali: 2,752 Anggota, Pegawai JSPT Bertugas

oleh Mohd Arshad
29/10/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Aliran Trafik Deepavali: 2,752 Anggota, Pegawai JSPT Bertugas
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menugaskan seramai 2,752 pegawai dan anggota di seluruh negara untuk memastikan kelancaran pergerakan lalu lintas sempena cuti Deepavali dan hujung minggu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah JSPT, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata aliran trafik dijangka meningkat sepanjang tempoh cuti Deepavali disebabkan oleh tawaran tol percuma yang diberikan untuk hari ini dan esok sempena perayaan berkenaan.

“JSPT menjangkakan aliran trafik akan sesak dengan pertambahan jumlah kenderaan. Melalui maklumat daripada pihak Konsesi Lebuhraya Utama (PLUS) dan lebuh raya konsesi yang lain, jangkaan 2.62 juta kenderaan dalam tempoh sehari.

“Pihak PLUS Berhad juga akan mengaktifkan 21 lokasi smartlane bagi mengurangkan kesesakan di lebuh raya,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pihaknya juga menjangkakan pergerakan ke Pantai Timur, Utara dan Selatan tanah air bakal meningkat secara luar biasa serta peningkatan ketara pergerakan kenderaan di bahagian Pantai Barat seperti di Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Pulau Pinang.

“Dari segi penguatkuasaan pula, keutamaan difokuskan kepada elemen advokasi, penyuraian aliran trafik dan tindakan kepada pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan jalan raya,” katanya.

Mohd Yusri turut menyarankan kepada semua pengguna jalan raya khasnya kenderaan berat atau perdagangan untuk memastikan kenderaan mereka berada di tahap terbaik, mematuhi segala peraturan ditetapkan, bertimbang rasa dan bertolak ansur dengan pengguna lain.

“Semua pengguna jalan raya diseru untuk merancang dahulu pergerakan terutama perjalanan yang jauh. Peka dengan persekitaran dan maklumat semasa daripada pihak agensi kerajaan juga pihak konsesi lebuh raya,” katanya.

Semalam, Bernama melaporkan aliran trafik dijangka meningkat mulai hari ini dengan jangkaan 2.62 juta kenderaan sehari akan menggunakan lebuh raya utama menuju pantai timur, utara dan selatan, susulan sambutan Deepavali.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya (LLM), Datuk Sazali Harun, berkata 2.13 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya di bawah kumpulan PLUS, 198,000 (Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak), 78,220 (Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1), 59,220 (Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2) dan 153,700 menggunakan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE).

Bernama-

Tags: aliran trafikDeepavaliPegawai JSPT
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kes 1MDB: Nasib Najib Diketahui Esok

Next Post

Bunyi Letupan, Gegaran Di Ipoh Dikategorikan Misteri – Ayob Khan

Related Posts

Hadiah Deepavali Buat Pekebun Bebas Tuduhan Bunuh Ibu Saudara

Hadiah Deepavali Buat Pekebun Bebas Tuduhan Bunuh Ibu Saudara

05/11/2024
0

SEREMBAN - Seorang pekebun yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya...

Tol Percuma Sempena Deepavali Mulai Tengah Malam Ini

Tol Percuma Sempena Deepavali Mulai Tengah Malam Ini

28/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan pemberian tol percuma kepada semua pengguna lebuh raya selama dua hari bermula esok sempena Deepavali. IKUTI...

Next Post
Bunyi Letupan, Gegaran Di Ipoh Dikategorikan Misteri – Ayob Khan

Bunyi Letupan, Gegaran Di Ipoh Dikategorikan Misteri - Ayob Khan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd