• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPM Dedah Draf MoU Peruntukan Pembangkang, Bukti Ketelusan

oleh AK-47
16/09/2024
dalam Politik, Terkini
0
TPM Dedah Draf MoU Peruntukan Pembangkang, Bukti Ketelusan
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Kerajaan Perpaduan hari ini mendedahkan dua draf Memorandum Persefahaman (MoU) yang dirangka bersama sebagai bukti ketelusan dalam perundingan mengenai peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Perdana Menteri merangkap Ketua Whip Kerajaan Perpaduan Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keputusan itu dibuat susulan kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin bahawa Perikatan Nasional (PN) menolak cadangan MoU tersebut.

“Memandangkan pihak pembangkang lebih gemar membuat kenyataan melalui media berhubung MoU berkenaan maka dengan ini, saya kemukakan dua draf MoU berkenaan kepada pihak media untuk membuktikan ketelusan Kerajaan Madani,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Hamzah dipetik berkata, semua Ahli Parlimen PN sebulat suara menolak MoU berkaitan dengan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

Beliau berkata, pihaknya menolak MoU itu atas empat faktor antaranya ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, nilai budaya, moral dan agama.

Sementara itu, Fadillah berkata, niat utama MoU berkenaan adalah untuk mewujudkan suasana harmoni di Dewan Rakyat di mana semua Ahli Parlimen dapat lebih memfokus kepada usaha pemulihan ekonomi serta memainkan peranan lebih konstruktif dalam menjalankan tugas semak dan imbang.

“Ini penting supaya kita dapat menumpukan sepenuh tenaga kita dalam memulihkan ekonomi negara dan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat, demi kesejahteraan semua dan kemakmuran Malaysia” katanya.

Beliau juga berkata, inti pati utama MoU itu termasuk tempoh kuat kuasa sehingga pembubaran Parlimen ke-15 atau pada 19 Disember 2027, peranan pembangkang sebagai komponen semak dan imbang yang bertanggungjawab serta ketelusan tanpa sebarang klausa kerahsiaan.

“Dengan pendedahan MoU ini, rakyat sendiri boleh menilai bahawa kesemua dakwaan Ketua Pembangkang mengenai draf terbabit adalah tidak berasas sama sekali,” katanya.

-Harian Metro

Tags: MoUperuntukantpm
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lebih Banyak Penderaan Di Rumah Amal GISBH Akan Terbongkar – KPN

Next Post

Pasang CCTV Atas Kepala Demi Keselamatan Anak Gadis

Related Posts

FAS Terima Peruntukan RM10 Juta Setahun

FAS Terima Peruntukan RM10 Juta Setahun

22/11/2024
0

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor menyediakan peruntukan sejumlah RM10 juta setiap tahun kepada pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor...

Surat Palsu Nama TPM: Polis Akan Mohon Sambung Reman Pengawal Keselamatan

Surat Palsu Nama TPM: Polis Akan Mohon Sambung Reman Pengawal Keselamatan

19/11/2024
0

Kuala Lumpur : Polis akan memohon untuk menyambung reman terhadap pengawal keselamatan yang ditahan berhubung penyebaran surat palsu menggunakan nama...

Next Post
Pasang CCTV Atas Kepala Demi Keselamatan Anak Gadis

Pasang CCTV Atas Kepala Demi Keselamatan Anak Gadis

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd