• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penoreh Getah Mengaku Salah Cederakan Warga Emas Guna Parang

oleh Mohd Arshad
03/09/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Penoreh Getah Mengaku Salah Cederakan Warga Emas Guna Parang
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING: Seorang penoreh getah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki warga emas menggunakan parang, minggu lepas.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Muhammad Suhardi Din, 54, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nabisha Ibrahim.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Suhardi didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap Omar Besar, 68, menggunakan sebilah parang yang jika digunakan sebagai senjata untuk menyerang mungkin boleh menyebabkan kematian.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Tasik Ganda, Temenggor, Gerik jam 3.20 petang, 27 Ogos lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Ng Yan Ni memohon supaya tertuduh menjalani rawatan pemeriksaan kesihatan mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Ulu Kinta kerana sepanjang siasatan dijalankan, dia didapati berkemungkinan dalam pengaruh dadah dan status kesihatan mental tidak berapa sihat.

Muhammad Suhardi yang tidak wakili peguam memaklumkan dia tinggal seorang diri dan tidak pernah mendapatkan sebarang rawatan psikiatri daripada mana-mana hospital berhubung kesihatan mentalnya sebelum ini.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dirujuk ke hospital bagi pemeriksaan kesihatan mental mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah dan menetapkan 1 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, pada 28 Ogos lepas media melaporkan seorang lelaki warga emas mengalami patah tulang lengan kiri selepas ditetak seorang lelaki dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Air Ganda, Gerik pada 27 Ogos.

Suspek yang mengenali mangsa dipercayai di bawah pengaruh dadah masuk secara tiba-tiba ke dalam rumah dan menyerang mangsa dengan melibas parang hingga mangsa mengalami luka dan patah tulang lengan kiri.

Bernama-

Tags: cederakanPenoreh Getahwarga emas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

Pembantu Rumah Cederakan 2 Beranak Direman 7 Hari

Pembantu Rumah Cederakan 2 Beranak Direman 7 Hari

12/11/2025
0

KUANTAN: Pembantu rumah yang dipercayai mencederakan dua beranak termasuk seorang daripadanya putus ibu jari tangan kiri dalam pergaduhan di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd