• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Mama Hantar Dia Sampai Ke Kereta, Tahu-tahu Dia Sudah Tiada’

oleh Mohd Arshad
13/09/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Mama Hantar Dia Sampai Ke Kereta, Tahu-tahu Dia Sudah Tiada’
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR: “Dia cakap dengan mama yang dia hendak keluar pergi ke kedai dan dia siap salam dan cium tangan mama dan mama hantar dia sampai ke kereta dia, sebelum mama tutup pagar.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

“Tetapi selepas itu mama terima panggil daripada adik dia mengatakan bahawa dia sudah tiada”. Itu luahan Fadzilah Bakar, 61, ibu kepada bekas pelumba Moto 3 dan Cup Prix negara, Elly Idzlianizar Elias, 40, selepas anaknya itu meninggal dunia akibat ditetak malam Selasa lalu.

Peniaga makanan yang membahasakan dirinya sebagai mama itu berkata, dia tidak menyangka itu detik terakhir pertemuan dengan anak sulungnya yang dipanggil Elly.

“Memang mama terkejut dengan pemergian Elly kerana sebelum kejadian itu, dia dengan hanya pakai singlet dengan seluar tidur.

“Dia cakap yang dia nak pergi ke kedai dan masa itu juga, dia baru selesai solat Isyak dan kelazimannya dia akan bawa anak dia, Lola, bersama-sama.

“Namun, kali ini, dia tak bawa pula (Lola) dan masa dia hendak keluar itu juga, dia hendak menggunakan Proton Wira mama punya, tetapi selepas itu dia mengubah fikiran dan menggunakan Proton Iriz milik dia, jadi mama teman dia sampai ke kereta.

“Jadi, kami tunggulah dia kembali semula kerana lazimnya dia hanya akan ke kedai serbaneka di Taman Sena Indah dan tak jauh pun dari taman ini.

“Namun, dia tak pulang sampai lewat malam sehingga mama menerima panggilan daripada adik dia (Elly Idzliaikmal Elias) yang Elly meninggal dunia kerana ditetak oleh beberapa orang.

“Hati mama hancur mendengar berita itu,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Fauziah, di sini, hari ini.

Fadzilah berkata, dia terus ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk melihat jenazah Elly namun tidak dibenarkan oleh polis bertugas, dan anaknya itu kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk bedah siasat.

Menurutnya, Elly mempunyai lima anak berusia empat hingga 16 tahun hasil dua perkahwinan terdahulu, dan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), anaknya itu mengambil keputusan untuk tinggal bersamanya di Taman Fauziah di sini.

“Selepas Elly menamatkan karier Cub Prix dia sekitar 2017 dahulu, dia duduk di Flat Sena, Kangar dan pelbagai kerja dia buat termasuk berniaga ayam gunting, menulis buku dan ada kala menerima jemputan daripada stesen televisyen untuk menjadi pengulas bersama dalam penyiaran Cub Prix.

“Selain itu juga, dia ada juga membuat kerja kejurulatihan dalam mencari bakat Cub Prix di Perlis ini dan pendek kata, dia seorang yang rajin dan pelbagai kerja dia buat untuk mencari sesuap nasi dalam menyara anak dia,” katanya.

BHonline-

Tags: Elly Idzlianizar Elias
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Op Global: Polis Nafi Lewat Bertindak, Siasatan Sejak 2011

Next Post

‘Mereka Diasingkan Dari Ibu Bapa Sejak Umur Dua Tahun’

Related Posts

No Content Available
Next Post
‘Mereka Diasingkan Dari Ibu Bapa Sejak Umur Dua Tahun’

'Mereka Diasingkan Dari Ibu Bapa Sejak Umur Dua Tahun'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd