• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tegaskan Semula Sokongan Tidak Berbelah Bahagi Perjuangan Palestin

oleh Mohd Arshad
23/09/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Malaysia Tegaskan Semula Sokongan Tidak Berbelah Bahagi Perjuangan Palestin
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK: Malaysia menegaskan semula sokongannya yang tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan Palestin dan komited untuk menggerakkan usaha melaksanakan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diterima pakai baru-baru ini bagi memberikan kejelasan undang-undang mengenai situasi di wilayah Palestin yang diduduki.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dua hala antara Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Perdana Menteri Palestin Mohammad Mustafa yang diadakan di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-79 2024, hari ini.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar memaklumkan pertemuan itu menekankan komitmen teguh Malaysia untuk menyokong Palestin dalam perjuangannya untuk kedaulatan dan keadilan.

Kedua-dua pemimpin meneroka cara mengukuhkan kerjasama dua hala dan usaha yang diselaraskan, khususnya dalam melaksanakan Resolusi Perhimpunan Agung mengenai Pendapat Nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung Palestin yang diterima pakai pada 19 Julai.

“Resolusi ini yang diluluskan semasa Sesi Tergempar Khas Ke-10 pada 17 September bertujuan mendapatkan kejelasan undang-undang mengenai situasi di wilayah Palestin yang diduduki,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Mohamad mewakili Malaysia di Sidang Kemuncak Masa Depan (SOTF) yang diadakan sempena UNGA ke-79 bertujuan membina konsensus baharu mengenai bagaimana sistem antarabangsa boleh memenuhi keperluan generasi semasa dan akan datang dengan lebih baik.

Ini menandakan penampilan pertama Mohamad di UNGA sejak memegang jawatan pada Disember 2023.

BHonline-

Tags: MalaysiaPalestinsokongan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia mengecam keras serangan oleh rejim Israel di Gaza yang mengakibatkan kematian orang awam yang tidak berdosa,...

Malaysia Kecam Israel Larang Operasi Organisasi Bantuan Kemanusiaan Di Gaza

Malaysia Kecam Israel Larang Operasi Organisasi Bantuan Kemanusiaan Di Gaza

01/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya keputusan rejim Zionis Israel untuk melarang dan menggantung operasi sebilangan besar organisasi bantuan kemanusiaan antarabangsa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd