• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemenangan DUN Mahkota Bukti Rakyat Terima Pentadbiran Anwar Ibrahim – Zahid

oleh Mohd Arshad
28/09/2024
dalam Politik, Terkini
0
Kemenangan DUN Mahkota Bukti Rakyat Terima Pentadbiran Anwar Ibrahim – Zahid
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) sekali gus mengekalkan penguasaan gabungan parti itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini, menjadi bukti rakyat setempat sudah boleh menerima pentadbiran Kerajaan Perpaduan dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bagaimanapun, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ia tidak bermaksud pihaknya boleh terus berasa selesa sambil memberi jaminan akan terus berusaha kuat demi rakyat.

Tidak dilupai juga, katanya, kemenangan dikecapi itu didorong legasi jasa tidak ternilai penyandang DUN Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain yang banyak mencurah jiwa raga di kawasan terbabit.

Atas dasar itu, beliau berkata ia memberi inspirasi kepada jentera parti untuk terus berkhidmat dan menyantuni rakyat di DUN berkenaan.

“Syukur Alhamdulillah, segala puji ke hadrat Allah SWT tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam sekali lagi menganugerahkan kemenangan kepada calon BN yang mewakili Kerajaan Perpaduan, Syed Hussien Syed Abdullah, dengan majoriti luar biasa melebihi 20,000 undi.

“Terima kasih juga kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah memberi sokongan moral dan saya percaya kejayaan ini menandakan penerimaan rakyat kepada tadbir urus dan kepimpinan beliau.

“Sesungguhnya, kemenangan ini hadir bersama amanah yang berat, sebuah tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan. Buat anakanda Syed Hussien, ingatlah bahawa budi mesti dibalas, kata perlu dikota, janji wajib ditepati. 

Buatlah terbaik untuk #MahkotaKita.

“Kemenangan di (PRK DUN) Nenggiri dan Mahkota bukanlah asbab untuk kami mendabik dada, jauh sekali untuk berasa megah dan selesa. Sebaliknya, ia adalah isyarat yang jelas dari rakyat bahawa kami harus berusaha lebih kuat untuk memberikan yang terbaik demi kehidupan yang lebih sempurna di masa akan datang.

“Insya-Allah, kami akan terus memperbaiki haluan perjuangan ini, menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan untuk UMNO dan BN, serta Kerajaan Perpaduan dan seluruh rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dengan kemenangan di PRK DUN Mahkota, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri turut berterima kasih kepada seluruh jentera BN termasuk rakan komponen Kerajaan Perpaduan yang turut sama membantu berkempen.

Penghargaan juga beliau berikan kepada jentera BN Johor yang diterajui oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghani.

“Kerjasama kukuh dan semangat juang kalian yang tinggi menjadi pemangkin kepada kejayaan ini,” katanya.

PRK DUN Mahkota menyaksikan BN mengekalkan penguasaan di kerusi berkenaan dengan majoriti lebih besar.

-Berita Harian

Tags: Ahmad Zahid HamidiAnwar IbrahimDUN MahkotaRakyat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cukai Pendapatan: Beban Atau Manfaat?

Next Post

Polis Siasat Dakwaan Pusat Kuarantin GISBH, Lokasi Indoktrinasi, Dera Mental Ahli

Related Posts

Lawatan Rasmi PM Ke Rusia Tingkat Hubungan Kuala Lumpur-Moscow

Lawatan Rasmi PM Ke Rusia Tingkat Hubungan Kuala Lumpur-Moscow

13/05/2025
0

MOSCOW - Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia adalah yang pertama bagi pemimpin negara ke Persekutuan...

Presiden China, Xi Jinping Adakan Pertemuan Dengan PM Di Seri Perdana

Presiden China, Xi Jinping Adakan Pertemuan Dengan PM Di Seri Perdana

16/04/2025
0

PUTRAJAYA: Presiden China, Xi Jinping tiba di Kompleks Seri Perdana di sini, bagi mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Next Post
Polis Siasat Dakwaan Pusat Kuarantin GISBH, Lokasi Indoktrinasi, Dera Mental Ahli

Polis Siasat Dakwaan Pusat Kuarantin GISBH, Lokasi Indoktrinasi, Dera Mental Ahli

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd